Sunday, March 27, 2011
Beskut milo versi white house cotage
Saturday, March 19, 2011
Apom comel aka Apam Pokoldot
- 250 gm gula icing
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 200 ml susu segar
- 300 gm tepung gandum
- peanut butter...kalau nak pakai strawberry, blueberry,kaya,
- 1 sudu kecil ovallate
- Pewarna (ikut suka)
- Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
- Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
- Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
- Masukkan ovallate dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
- Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
- Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
- Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
- picitkan sedikit adunan kedalam paper cup dan masukan sedikit peanut butter kemudian tutup kembali dengan adunan apam tadi...
- Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
- Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!
Saturday, March 12, 2011
Muffin Banana aka aPom Pisang d'Bom
Muffin Banana cokelat aka Apom Pisang Kukus
sumber : resipiDiana....(lupa pula add )
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum ( saya guna 1 cawan Gandum dan 1 cawan tepung cake)
8 biji pisang montel
3/4 cawan minyak jagung
4 biji telur ayam AA
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula castor (saya guna 3/4 cawan jerr)
1/2 cawan cokelat rice ( yg ini saya tambah sendiri)
satu sudu teh ovallet
satu sudu teh vanilla
satu sudu teh essence banana
secubit garam
Cara-Cara
Tepung gandum dan tepung cake dia ayak bersama dengan baking powder
Pisang di lecek halus ( saya blender jerr) dan di gaul bersama garam dan baking soda
Pukul telur,ovallet,vanilla dan essence banana bersama gula sehingga kembang
dan masukan minyak jagung
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau satu arah sahaja dan kemudian Tuangkan kedalam acuan loyang dan kukus dgn api sedarhana selama 4o - 45 minit pastikan Penutup kukus di balut dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke atas permukaan apom.
Saturday, March 5, 2011
MuFFin cokelat vs MuFFin Orange Gebuzzzzz
Muffin Coklat
http://www.babycakes2u.com/resepi/76-resepi-cupcakes.htmlbahan bahan
- ½ cawan mentega
- ½ cawan minyak jagung
- 1 ¼ cawan gula perang
- 3 biji telur
- 2 ½ cwn tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 3 sudu makan serbuk koko
- 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
- Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
- Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
- Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
- Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
- Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Tips:
- Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
- Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
- Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
- Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
- Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
- Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
- Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
Saturday, February 26, 2011
Time to Deco From SSF
Sunday, February 20, 2011
Moist choc cake versi wHite HoUse coTTage
Moist Choc Cake
Bahan:-
220 Gram Tepung Kek
50 Gram Coco Powder Or Chocolate Powder
1 Tsp Baking Powder (Heap)
½ Tsp Soda Bicarbonate (Level)
½ Tsp Garam (Level)
(Ayak Kesemua Bahan Diatas Sebanyak 3 Ke 4 Kali Supaya Tepung Menjadi Ringan)
190 Gram (3/4 Cup Butter) Guna Butter Scs – Unsalted- Scs Or Buttercup Tp Jangan Guna Fernleaf Sbb Banyak Garam…
330 Gram Castor Sugar
1 ½ Tsp Vanilla Esen
3 Biji Telur (Size Aa)
250 Ml Cold Water Atau Cold Susu Segar (Hl) Yang Disimpan Didalam Fridge)
Method:-
Pukul Butter Selama 1 Min Dan Masukan Castor Sugar Pukul Sehala Hingga Kembang (Anggaran 5 Min) Sehingga Color Butter Bertukar Menjadi Putih Kekuningan.(Mixer Pada Kelajuan Maksimum)
Masukan Telur Satu Persatu Pukul Pada Kelajuan Sederhana (Jangan Guna Kelajuan Maksimum Nnt Telur Jadi Mcm Pecah Minyak)
Campurkan Bahan Yang Telah Diayak Sedikit Demi Sedikit Berselang Seli Dengan Susu Segar Atau Air Sejuk (Akhir Sekali Mesti Air Or Susu Segar)
(Process Ini Mestilah Mengunakan Mixer Yang Straight Bukan Yang Mcm Pukul Butter Tu. Atau Gunakan Senduk Kayu)
Sebatikan/Kacau Dengan Senduk Kayu & Korek Hingga Kebawah Mangkuk Takut Nnt Butter Kat Bawah Mangkuk Tak Rata - Kacau Sampai Semua Sebati.
Lenser Mangkuk/Loyang Dengan Butter Dan Loyang Mesti Dialas Dengan Kertas Minyak.
Bake At 180c For 30 To 35 Min
Jangan Sesekali Membuka Oven Pada 30 Min Pertama… Kalau Nk Tahu Kek Tu Dah Masak Cucuk Dengan Cake Tester Or Lidi Bila Tak Melekat Kat Lidi Bermakna Cake Tu Dah Masak, Sejukkan Dan Sedia Dihidangkan.
Thursday, February 3, 2011
maJLis PerPisahan Lagiiii....officeMate


