CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, March 19, 2011

Apom comel aka Apam Pokoldot

salam semua...n3 kali ini adalah berkisar tentang apam pokoldot, ada setengah panggil apam comel , apam pelangi apa2pun ia tetap apam...hehehhehehe ..terima kasih kepada penyumbang resepi - my resepi...ternyata percubaan pertama menjadi..ini akan menaikan semangat ku untuk terus mencuba dan mencuba...oklah cik sue n BSB...ko layan aje lah pic di bawah ini .....

ini khas untuk cik sue yg teringgin version pokoldot

inilah gupernya cara2 filing kan inti - saya guna peanut butter

selepas ditutupkan dengan adunan

terpanas dari kukus

sedia utk dimakan

close up sikit bagi nampak kegebuannyer

pandang dari sisi

ini version apam montel..udang ilang pokoldotnyer

bahan-bahan - from my.resepi.rossitamz
  • 250 gm gula icing
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • peanut butter...kalau nak pakai strawberry, blueberry,kaya,
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. picitkan sedikit adunan kedalam paper cup dan masukan sedikit peanut butter kemudian tutup kembali dengan adunan apam tadi...
  11. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  12. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!