CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, October 23, 2012

Super Moist Eggless Choclate Cake @ dayang jack

salam semua .. apa khabar rakan2 ku sekalian.. hahhahaha lama sungguh cik rinn tak updated blog ..bukan aper masa tak mengizinkan ..kita mampu merancang hanya allah yg menentukan , walau apa2pun cik rinn tetap meluangkan sedikit masa utk blog kesayangan cik rinn nie.. kerana ramai rakan FB cik rinn tanya bila nak update blog.. oklah bagi tak menghampakan rakan2 kesayangan , cik rinn cubalah yg terbaek .. walaupun bahasa caca marba ..hehehehehe, nak jadikan citer last 2 week saudara cik rinn dari kg nak singgah uma minum petang .. hahahha haru di buat nyer , dia kata nak makan kek cekelet , bahan mmg ado cuma yg tak do hanyalah TELUR .. dah lah teratak cik rinn jauh dari mini market , so tanyalah uncle google yg femes tue , ada tak ? kek yg tdk guna telor , cari punya cari terjumpalah blog popular kak dayang jack , apa lagi sepantas kilat cik rinn mengodek di dapur... hmmg senang dan marvellos keknyer .. saudara cik rinn makan siap "tapau" lagi ..biarlah rezeki demer... syok lah kek nie tak payah guna telor suka sangatttttttttttt.. tqvm kak dayang jack kerana sudi share resepi .. kalau dekat dgn rumah saya , mahu saya hantar sepiring  kerumah kak dayang jack ..hehhehehe.. jomm kita layan pic suam suam kuku ini...


kek yg paling jimat...

tue dia ,apa macam ? sifu ... aka @ kak dayang ...

jemput makan ...
Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.