CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, December 15, 2012

Kekacang - Vadai , Kuah Dal dan Bubur Kacang

salam semua ... wah kita semua  dah di ambang 2012 , ermmm cepat bebeno masa berlalu, pejam celik pejam celik udah ambang 2012, arghhhhhhhhhhhhh usia makin meningkat .. apa amalan yg cik rinn nak bawa ke sana , ya allah ... rahmati lah aku semoga aku menjadi lebih baik dari semalam ....  oklah jomlah kita layan resepi dari kekacang dari  dapur white house cottage ...


BAHAN-BAHAN:
  • 250 gm. kacang dal - di rendam 4 jam -di tos dan  di blender kering
  • 2 tangkai cili kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu
  • 1 sudu kecil (tsp) BIJI jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 2 cm halia muda - di tumbuk hancur
  • 1 biji telor 
  • 2 sudu besar gula pasir - di tumbuk bersama halia
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
  • Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan dalam mesin kisar(blender kering) masukan kacang dal yang telah di tos       asingkan hasil kisaran dalam satu bekas.
2. Masukkan hasil kisaran halus (2 sudu besar dal), daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering , halia , gula, garam dan telor sebiji dalam bekas kisaran dan gaul rata
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda.
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh”  untuk gorengan anda. Tentukan minyak cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana.
5. Jangan goreng terlalu banyak dalam kuali (Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan). Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing.




Bahan Bahan:

Kacang Dal -1/2 kg.
Bawang Merah  -  6 ulas
Bawang Putih  -  2 ulas
cili kering  -  8 tangkai
Halba campur  -  2 sudu besar
Daun kari  -  6 tangkai
halia 2 cm
sedikit serbuk kunyit jika suka
garam secukup rasa

Cara-Cara
1.  Kacang dal direndam hingga kembang kemudian
     direbus hingga lembut  
2.  Bawang merah dan bawang putih dihiris 
     dan cili kering digunting kasar
 3. Tumiskan bawang merah.bawang putih
     cili kering,daun kari dan halba campur hingga wangi   
    masuk kan kedalam rebusan kacang dal yang telah lembut 
    tadi dan tambah kan air jika perlu.
4.  masak hingga kepekatan yang dikehendaki.
      



Bahan-bahan ( 4-6 mangkuk )

  • 3/4 cawan gula
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan sagu kecil
  • Air (ikut kepekatan yang dikehendaki) 
  • halia 2 cm
  • 250 gram kacang hijau

Cara-cara

  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi dengan air dan gula.
  3. Setelah kacang kembang, masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sagu. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  5. Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!

Sunday, December 2, 2012

Rendang Minang Udang

Salam semua ... apa menu anda hari ini , cik rinn seperti biasa menu udang lagi.. alhamdulillah rezeki udang di bulan ini ... jom kita layan .. cik rinn nak bersiap nak pergi kenduri sana sini .. layanzzzzzzzz

jom kita perabih kan 

RENDANG MINANG UDANG  

Bahan-bahan

1KG  udang Laut
20  bawang  kecil 
5 cm lengkuas
40 biji cili padi kampung .. terpulang kalau nak pedas tambah or kurang..
7 batang serai
4 cm kunyit hidup
3 1/2 biji kelapa, diperah santannya (PATI SANTAN JERR)
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 keping daun limau perut
Garam secukup rasa  
1 kiub perisa ikan bilis  
4 sudu besar kerisik kelapa


Cara membuat

• goreng Udang sedikit lebih kurang dlm 4 minit di api yg kecil
• Kisar bawang kecil, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup.
• Masakkan santan hingga terbit minyak  ..macam kita hendak buat minyak kelapa , bila santan dah pekat hingga nmpk terbit minyak sedikit di tepi kuali tue barulah masukkan bahan2 yg di blender tadi ,masukkan kiub ikan bilis, daun limau perut, garam, kerisik kelapa, asam gelugur dan kacau hingga rendang itu kering  dan pekat .
Kacau rata menggunakan api sederhana. dan masukan Udang, kacau2 perlahan dan tutup api dan masukan hirisan daun kunyit ...dan boleh di hidangkan.
selamat mencuba !

Saturday, November 24, 2012

Tom Yam Seafood

salam semua ... tak der idea nak berkata2 .. jom kita layan resepi ini...


Inilah size udang hasil tangkapan ayah cik rinn
  jom kita perabihkan... mantoppp


THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD
Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong
3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Sunday, November 18, 2012

Sambal Petai Udang Laut

salam semua, menu cik rinn kali ini perghhh udang lagi..maklumlah cik rinn kan anak nelayan, secara kebetulan bulan ini adalah musim udang di kg cik rinn..jadi bnyklah hasil tangkapan udang kita org satu family mmg mewah makan udang laut pada bulan nie , tunggu lah next n3 cik rinn lauk udang lagi hehhehe , cik rinn suka udang laut daripada udang bela yg di jual di pasar ,, sbb udang laut manis ..bila di buat sambal perghh ada ummphhh .tak caya cer try cer try heeeee.... jom lah kita layan pic cik rinn drpd camera cap ayam nie..cik rinn ni tak dok camera canggih manggih nie tue pasal pic dlm n3 cik rinn ..sepesen ajerr...tak perlah janji cik rinn adoooooooooooo... yg penting ada n3 nak di Update hehehhehee.jommm layan





tara sudah siap .. jom makan... masa ni cik rinn makan dgn nasi lemak ...

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 20 ekor udang sederhana besar (dibersihkan) , di gaul dgn kunyit dan garam , goreng sebentar dlm 1-2 minit shj...
  • 1 1/2 papan petai (dikopek dan dibersihkan)
  •  4 ulas bawang merah di kisar
  •  1 cawan cili kering di kisar
  •  1 buku kiub pati bilis
  • sedikit air asam jawa 
  • secubit garam 

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar,dan cili giling hingga pecah minyak.~sehingga cili masak
  2. Masukkan kiub pati bilis dan air asam jawa.kacau rata
  3. masukkan udang dan petai.Kacau sebati.Tambah sedikit air utk bagi tumisan sedikit basah / lebihkan air jika mahu sedikit berkuah.
  4. Perasakan dengan secubit garam 

Friday, November 16, 2012

Cucur Udang Geragau versi White House Cottage

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
 Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Salam Maal Hijrah  1434, perghh sekejap ajer masa berlalu .. masih teringgat peristiwa nabi muhammad saw ketika peristiwa penghijrahan baginda ke kota suci madina .. semua org  tahu citer ini kan ..masa zaman sekolah rendah lagi , ustaz cik rinn duk citer berulang ulang , so menu sempena cuti Maal Hijrah , kg tersayang cik rinn sekarang tengah musim UDANG GERAGAU , udang nie lah yg buat cencalok dan belacan , tapi cik rin idok suka makan cencalok dan belacan ..almaklum lah .. pepaham saja udah lah ... hehhehe..jom kita layan cekodok or jemput2 udang geragau made in from my lovely home town ... 



1/2 kilo udang geragau di cuci bersih  dan di toskan ..

  2 biji bawang bombay besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
2 biji cili merah hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam (kurang lebih)
telor ayam sebijik
dah sebati kesemua adunan baru masukan udang geragau , krn kalau masuk awal2 udang geragau , akan menyebabkan udang geragau ini HANCUR ..nanti tak best

goreng sehingga kekuningan

jemput makan semua , lagi power kalu di hidang bersama kopi O panas...
cara2 buat kuah lada versi cik rinn 
  • 4 sudu makan cili blender
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu makan air asam jawa or cuka
  • Gula pasir 4 sudu makan
  • Garam secukup rasa
Masukan kesemua bahan di dalam blender, dan blend dlm 3 minit dan masakkan di dalam periuk sehingga kuah lada medidih jikalau terasa pedas sila tambah gula sahaja..maaflah cik rinn tak berapa ingat sukatan gula selalu main campak campak jerr..kalau pedas tambah gula shj... selamat mencuba.

Saturday, November 3, 2012

Berjimba Ria @ USS

salam semua , penghujung bulan september (28,29,30 sept 2012) cik rinn dan 2 org rakan cik rinn pergi berjimba di hujung semenanjung , mana lagi SINGAPORE.. buat kata johan raja lawak alah singa yg keluar ayor kat mulut tue.... so decide short list .. moh kiter ke USS memandangkan LEGOLAND baru nak di perkenalkan , cik rinn n frenzz decide nk pi USS dulu.. kalau ada rezeki cik rinn akan ke LEGOLAND pulak, ok apa yg menarik kat USS nie.bagi cik rinn mmg best gilerrrrrrrrrrrr..tak cukup weii sehari ..banyak benda tak sempat nk explore .. pasal apa yea ..sbb cik rinn pergi weekend peh tu org ramai gilerr .. kena Q sesuatu attraction tue mengambil masa 45 minit hingga ke 1 jam .. terutama transformer n roller coster ... apa boleh buat sbb cuti dah abis,..dan time nie ajerr kengkawan cik rinn semua free...so kita org merancang nk pie lagi tapi tunggu poket kembung lah ... sbb tukaran asing sgt tinggi ..pergi sana rasa mcm org miskin ..hahhaha bayangkan lah nasi briyani dan air satu set 2O SING DOLLAR .. korang calculate lerr sendiri in RM berapa, boleh hi tea kat cityhotel kuala lumpur.... tapi barang dah lepas tak payahlah nak di kenang , next time pergi kita bawa duit seguni dan beli tiket express tak payah nk Q panjang2 .. hahhahahaha....moh kita layan pic suam suam kuku ini ... maapler cik rinn tak sempat nk letak note di setiap pic... nanti bile senang cik rinn letak yea...






















Tuesday, October 23, 2012

Super Moist Eggless Choclate Cake @ dayang jack

salam semua .. apa khabar rakan2 ku sekalian.. hahhahaha lama sungguh cik rinn tak updated blog ..bukan aper masa tak mengizinkan ..kita mampu merancang hanya allah yg menentukan , walau apa2pun cik rinn tetap meluangkan sedikit masa utk blog kesayangan cik rinn nie.. kerana ramai rakan FB cik rinn tanya bila nak update blog.. oklah bagi tak menghampakan rakan2 kesayangan , cik rinn cubalah yg terbaek .. walaupun bahasa caca marba ..hehehehehe, nak jadikan citer last 2 week saudara cik rinn dari kg nak singgah uma minum petang .. hahahha haru di buat nyer , dia kata nak makan kek cekelet , bahan mmg ado cuma yg tak do hanyalah TELUR .. dah lah teratak cik rinn jauh dari mini market , so tanyalah uncle google yg femes tue , ada tak ? kek yg tdk guna telor , cari punya cari terjumpalah blog popular kak dayang jack , apa lagi sepantas kilat cik rinn mengodek di dapur... hmmg senang dan marvellos keknyer .. saudara cik rinn makan siap "tapau" lagi ..biarlah rezeki demer... syok lah kek nie tak payah guna telor suka sangatttttttttttt.. tqvm kak dayang jack kerana sudi share resepi .. kalau dekat dgn rumah saya , mahu saya hantar sepiring  kerumah kak dayang jack ..hehhehehe.. jomm kita layan pic suam suam kuku ini...


kek yg paling jimat...

tue dia ,apa macam ? sifu ... aka @ kak dayang ...

jemput makan ...
Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.