CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Kekacang - Vadai , Kuah Dal dan Bubur Kacang

salam semua ... wah kita semua  dah di ambang 2012 , ermmm cepat bebeno masa berlalu, pejam celik pejam celik udah ambang 2012, arghhhhhhhhhhhhh usia makin meningkat .. apa amalan yg cik rinn nak bawa ke sana , ya allah ... rahmati lah aku semoga aku menjadi lebih baik dari semalam ....  oklah jomlah kita layan resepi dari kekacang dari  dapur white house cottage ...


BAHAN-BAHAN:
  • 250 gm. kacang dal - di rendam 4 jam -di tos dan  di blender kering
  • 2 tangkai cili kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu
  • 1 sudu kecil (tsp) BIJI jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 2 cm halia muda - di tumbuk hancur
  • 1 biji telor 
  • 2 sudu besar gula pasir - di tumbuk bersama halia
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
  • Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan dalam mesin kisar(blender kering) masukan kacang dal yang telah di tos       asingkan hasil kisaran dalam satu bekas.
2. Masukkan hasil kisaran halus (2 sudu besar dal), daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering , halia , gula, garam dan telor sebiji dalam bekas kisaran dan gaul rata
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda.
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh”  untuk gorengan anda. Tentukan minyak cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana.
5. Jangan goreng terlalu banyak dalam kuali (Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan). Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing.




Bahan Bahan:

Kacang Dal -1/2 kg.
Bawang Merah  -  6 ulas
Bawang Putih  -  2 ulas
cili kering  -  8 tangkai
Halba campur  -  2 sudu besar
Daun kari  -  6 tangkai
halia 2 cm
sedikit serbuk kunyit jika suka
garam secukup rasa

Cara-Cara
1.  Kacang dal direndam hingga kembang kemudian
     direbus hingga lembut  
2.  Bawang merah dan bawang putih dihiris 
     dan cili kering digunting kasar
 3. Tumiskan bawang merah.bawang putih
     cili kering,daun kari dan halba campur hingga wangi   
    masuk kan kedalam rebusan kacang dal yang telah lembut 
    tadi dan tambah kan air jika perlu.
4.  masak hingga kepekatan yang dikehendaki.
      



Bahan-bahan ( 4-6 mangkuk )

  • 3/4 cawan gula
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan sagu kecil
  • Air (ikut kepekatan yang dikehendaki) 
  • halia 2 cm
  • 250 gram kacang hijau

Cara-cara

  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi dengan air dan gula.
  3. Setelah kacang kembang, masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan sagu. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  5. Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!

Sunday, March 4, 2012

Kuih Cara Berlauk Sardine

Salam semua , apa khabar semoga kalian semua berada di bawah lindungan ALLAH swt , oklah dah lama bebenor cik rinn idok mengupadate blog ..bukan apa dah tiba masa cik rinn pergi holiday .. hehehhehee..aduhai , masa update n3 pun baru seminggu pulang dari HO CHI MINH CITY , nanti cik rinn cerita yea.... so kali ni apa menu dari DAPUR WHITE HOUSE COTTAGE , kuih yg paling simple dan mudah dan berkhasiat .. kureng minyak lerrr daripada pendapat cik rinn ... sebenarnya cik rinn nie bukan apa , kalau kuih yg flavour dia pedas2 cik rinn memamg suka buat , kalau kuih manis2 ikut mood ..kalau rasa teringgin nak makan barulah cik rinn buat ... jom lah kita layan resepi suam suam kuku daripada dapur white house cottage nie .. jommm layanzzzzzzzzzzzz

cam ner ok tak..
fokus utk seketui
nk tayang sikit acuan kuih cara yg baru di beli
lulus ke idok nie?
alhamdulillah aminn...siap jua akhirnya... jemput makan....


BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG: - SUMBER MY RESEPI
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam 
  •  
  •  UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  • Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  • Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  • Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

    BAHAN UNTUK INTI
    200 gm daging kisar  - 1 tin sardine yg sedang di lenyek lenyek dgn sudu garfu
    2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air ) - tak guna pun
    2 ulas bawang merah + cili blender satu sudu
    2 ulas bawang putih
    1 sudu besar udang kering  tak guna pun
    Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
    Garam 

    CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
    tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat.
    Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan cili blender dan tumis hingga garing .
    Masukkan sardine kisar.
    Masukkan garam . Kacau hingga sebati dan kering. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.