CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, March 4, 2012

Kuih Cara Berlauk Sardine

Salam semua , apa khabar semoga kalian semua berada di bawah lindungan ALLAH swt , oklah dah lama bebenor cik rinn idok mengupadate blog ..bukan apa dah tiba masa cik rinn pergi holiday .. hehehhehee..aduhai , masa update n3 pun baru seminggu pulang dari HO CHI MINH CITY , nanti cik rinn cerita yea.... so kali ni apa menu dari DAPUR WHITE HOUSE COTTAGE , kuih yg paling simple dan mudah dan berkhasiat .. kureng minyak lerrr daripada pendapat cik rinn ... sebenarnya cik rinn nie bukan apa , kalau kuih yg flavour dia pedas2 cik rinn memamg suka buat , kalau kuih manis2 ikut mood ..kalau rasa teringgin nak makan barulah cik rinn buat ... jom lah kita layan resepi suam suam kuku daripada dapur white house cottage nie .. jommm layanzzzzzzzzzzzz

cam ner ok tak..
fokus utk seketui
nk tayang sikit acuan kuih cara yg baru di beli
lulus ke idok nie?
alhamdulillah aminn...siap jua akhirnya... jemput makan....


BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG: - SUMBER MY RESEPI
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam 
  •  
  •  UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  • Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  • Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  • Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

    BAHAN UNTUK INTI
    200 gm daging kisar  - 1 tin sardine yg sedang di lenyek lenyek dgn sudu garfu
    2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air ) - tak guna pun
    2 ulas bawang merah + cili blender satu sudu
    2 ulas bawang putih
    1 sudu besar udang kering  tak guna pun
    Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
    Garam 

    CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
    tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat.
    Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan cili blender dan tumis hingga garing .
    Masukkan sardine kisar.
    Masukkan garam . Kacau hingga sebati dan kering. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.




0 comments:

Post a Comment