CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, December 2, 2010

comire ice cream vesri white house cottage

salam semua ...sempena dengan kedatangan MAAL HIJRAH ini , adakah sahabat sahabat tersayang sudah memasang NIAT ....mudah2han Nawaitu sahabat sahabat semua di berkati oleh allah swt ameennnnnnnnnnnnn.......
oklah setelah sekian lama berehat daripada mengupdate blog..sibuk dengan tuntutan kerja al maklumlah hujung hujung tahun ini semua akaun nak ditutup (kecuali card credit aku jerr yg tidak di tutup tutup) ...huhuhuhuhuhu...udah udah lah tue menceceh saya nie... N3 kali ini adalah tentang ice cream handmade (resepi asal drpd k.ida bakery or ida cottage) salah seorang rakan blogger tegar... so mari kita layan...

bahan2 utama siap nak tunjuk bukti nie.... kalau type takut typing error...hehehhehehe

antara bahan bahan utama utk membuat ice cream comire...
2 cawan susu segar perisa cokelat
2 1/2 cawan creamer / susu tepung
1 cawan milo
1/3 cawan gula castor
1/3 cawan badam hancur
sedikit cokelat rice utk hiasan

satukan bahan itu tadi di dalam pengisar makanan - kecuali kacang badam dan cokelat rice kisar selama 4 minit - sampai bahan2 ini bersatu dan halus selepas itu masukan kacang badam dan cokelat rice kisar 30 saat sahaja

setelah di blender masukan dalam bekas ice cream.....

tabur sket cokelat rice di atas nye dan bekukan selama 8 JAM....

trang trang trang ,,,udah jadi ini hasilnya ice cream..cokelat+milo+c.rice = COMIRE

resepi asal (ida bakery)
ICE CREAM STRAWBERRY CHEESCAKE
BAHANYA
2CAWAN SUSU SEGAR
2 1/2 CAWAN COFFEE MATE/SUSU TEPUNG
1/2 CAWAN GULA ICING
2 SUDU BESAR STRAWBERRY PASTE
150 GRM CISCAKE
CARANYA
BLENDERKAN KESEMUA BAHAN KECUALI CHEESECAKE SELAMA 3 MINIT AKHIR MASUKAN CISCAKE N BLENDER KEJAP SAJE BEKUKAN SELAMA 8 JAM


Thursday, November 11, 2010

Masak Lomak Cili Padi ketam ala2 white house coTTage

close up sket ..cam model aje ketam aku nie..hhehhehhehe
ini pandangan dari depan..isk isk isk naper mata ketam aku buntang lagi weiii

ini tanda bukti saya masak di rumah...nanti cik sue dan BSB tak percaya pulok

RAMUAN NENEK

Bahan2 Yg Di Kisar :
bawang merah 15ulas
bawang putih 4 ulas
kunyit hidup 4cm
cili padi kampung 20 biji - saya guna warna hijau shj
serai 3 btg

ketam 1kg
nenas sarawak 1 biji di potong ikut suka
santan pekat 2 biji
air suling or mineral water 1 cawan
garam secukup rasa

Cara:
Bersihkan ketam
Campurkan kesemua bahan-bahan yg dikisar termasuk air mineral water 1 cawan
ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan ketam dan santan pekat. kacau selama 6 minit masukan garam
selepas itu masukan Nenas tunggu sehingga kuah mengelegak Tutup api.

Tips nenek
Jangan sesekali masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang. & kacau kuah selalu supaya santan tidak pecah minyak dan masak pada api yang perlahan. oklah selamat mencuba.(ada ke org nak cuba perasan ajer aku nie)

Saturday, November 6, 2010

maKan saMa birtHday giRls

salam semua, ceritaKu hari ini adalah tentang makan, biasalah blog sudah kekeringan idea, makan lagi dan lagi dan lagi...oklah kali ini aku memasak untuk houseMateKu, pada kebiasaanya pada hari ulang tahun mesti ada KEK berlainan dengan WHITE HOUSE cottage meraikanNya, maklumlah tuan tanah kedaung tidak pandai membuat KEK untuk rakan serumahNYa jadi tuan tanah memasak ajerlah tanda meraikan hari ulang tahun untuk cik noorlily sabri ..walaaaaaaaa semoga allah memberkati kamu dan memberikan umur yang panjang ,murah rezeki dan cepat cepat bertemu jodoh amennnnnnnnnnnnn.....
antara menu-menu ialah spagetti bandung dan buah melaka....



buah melaka ala ala white house cottage ... warna merah jambu lagi


wah wah wah bodek nampak ......


sedang menikmati spagetti bandung walaupun tidak dapat pergi ke bandung ,,,hehhehehe





Thursday, November 4, 2010

taG frOm My friendly blogger- miss Aina

syukran jazilan for my beloved friend miss aina from purplecrazz
Hanya Utk mu seorg wanita... Yaa Allah, jadikan wanita yang membaca ini menjadi wanita yg cantik, kuat, sabar. sihat, solihah & disayangi banyak orang. Tolong &tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia dan berikanlah dia kekuatan dalam mengharungi kehidupan di DUNIA dan AKHIRAT' Amennnnnnn

Nak tag :-♥ cik sue ♥ ida ♥ atie masrif ♥ chenta antiq ♥ anum cottage

Sunday, October 31, 2010

bOX laGi dan seWaktu DenGanNya....

Salam semua, sekarang ini idea untuk mengemaskinikan blog sudah berkurangan...huhhuhuhu sudah kehabisan barangan untuk di masukan ke dalam blog, kali ini seperti biasa saya akan cuba memasukan barangan yang sedia ada di dalam rumah tetapi belum sempat di kemaskinikan lagi ke dalam blog, N3 kali ini tentang kotak english lagi..kotak english ini adalah tempat menyimpan perfume aje..maklumlah perfume tak banyak mana pun , cuma sudah berkenan dengan design kotak ini. jadi kawan kawan semua kita layanlah item-item decoration saya ini.....adiosssssss
kotak perfume , malu nak display perfume yang tak berapa nak ada.....
box english style

apron kesayangan ... hanya untuk pameran sahaja..pandang boleh pakai tidak boleh .....

ini plaque yang di letak di balkoni tempat saya menyidai pakaian.....janji english...








Sunday, October 24, 2010

Lampu Tidur

salam semua..n3 kali ini saja ajer nak update lampu tidor nie..(ada sorang rakan blogger TEGAR tue! sibuk suruh update n3 baru..pening memikiorkan..AKHIRNYA ini pun bolehlah )lampu tido sudah lama dibeli sebelum raya lagi..tetapi baru sekarang dapat update ,jadinya memandangkan lampu ini belum di dislpay lagi, ini lah tajuk entry yang terbaru hehehehe ... kawan blog TEGAR yg sorang lagi, pun ada satu cam gini gak..tapi dia malu nak upload ...nanti orang kata "SEKAPAL" pulak mcm boria..apa2pun JANJI AKU ADO.....

nak letak dlm b.tidor memandangkan plug nyer tak strategik..display aje kat ruang tamu


Sunday, October 17, 2010

Box Harta Qarun

salam semua n3 kali ini berkisar tentang BOX harta Qarun..udah lama aku mencari kotak untuk menyimpan majalah kesayangan ku..selalu letak dlm bakul rotan...errmmm tak tahan habuk kerana aku bukanlah di kalangan yang rajin membuang habuk..alhamdulillah akhirnya aku di ketemukan jua...kalau dah jodoh tidak kemana..heeeehaaaaa... cik sue rogi besor khomer tak ngikut aku outing....isshhh memang berbaloilah semalam aku outing walaupun di temani cuaca panas terik..apa2pun kita layannnnnnnnnn


ini lerr Box Harta Qarun aku ....


maaflah camera kureng memuaskan...