CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, November 11, 2010

Masak Lomak Cili Padi ketam ala2 white house coTTage

close up sket ..cam model aje ketam aku nie..hhehhehhehe
ini pandangan dari depan..isk isk isk naper mata ketam aku buntang lagi weiii

ini tanda bukti saya masak di rumah...nanti cik sue dan BSB tak percaya pulok

RAMUAN NENEK

Bahan2 Yg Di Kisar :
bawang merah 15ulas
bawang putih 4 ulas
kunyit hidup 4cm
cili padi kampung 20 biji - saya guna warna hijau shj
serai 3 btg

ketam 1kg
nenas sarawak 1 biji di potong ikut suka
santan pekat 2 biji
air suling or mineral water 1 cawan
garam secukup rasa

Cara:
Bersihkan ketam
Campurkan kesemua bahan-bahan yg dikisar termasuk air mineral water 1 cawan
ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan ketam dan santan pekat. kacau selama 6 minit masukan garam
selepas itu masukan Nenas tunggu sehingga kuah mengelegak Tutup api.

Tips nenek
Jangan sesekali masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang. & kacau kuah selalu supaya santan tidak pecah minyak dan masak pada api yang perlahan. oklah selamat mencuba.(ada ke org nak cuba perasan ajer aku nie)

2 comments:

Ati Masrif

salam rinn,

lemak ketam ni fav. kami sekeluarga...yummi

teratai

masak lemak,biasanya kak masak telur itik. Ketam tu biasanya masak rebus, cicah air asam!

Post a Comment