CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, February 1, 2012

Sambal Tumis Kupang Versi White House Cottage

salam semua .. apa khabar saudari2 sekalian , bulan ini merupakan bulan yg penuh dugaan bagi cik rinn sekeluarga , kerana bonda kesayangan cik rinn mengidap sakit batu karang , dan alhamdulillah semasa cik rinn updated blog ini bonda cik rinn sudah pun keluar dari hospital semoga allah memberi kesihatan yg baik utk bonda cik rinn dan rakan2 sekalian amenn... oklah..menu di bawah ini adalah  menu resepi keluarga cik rinn jomlah kita layan menu yg suam suam kuku ni.....

Sambal tumis kupang
jom makan
Sambal Tumis Kupang ala White House Cottage

Bahan-Bahannya

500 gram isi kupang yg sudah di rebus
6 biji bawang kecil di tumbuk
segengam ikan bilis di tumbuk 
cili kering blender satu mangkuk sup ( terserah pada anda semua)
1/2 cawan santan kelapa
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara-Cara 
1. Panaskan minyak masukan bahan yg di tumbuk ..goreng hingga wangi kemudian masukan cili blender goreng sehingga garing cilinya.
2. Selepas cili blender garing masukan asam gelugur biarkan 2 minit dan masukan santan kelapa jikalau pekat masukan sedikit air ..dan masak sehingga santan pekat dan mendidih sambalnya..dan akhir sekali masukan garam . selamat mencuba 






5 comments:

mala

alhamdulillah mak dah sihat ..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ

wow sedap nyerrr sambal kupang..dah lama tak makan..

AZLITA AZIZ

Salam Cik Rin..
Semoga bondanya cepat sembuh.. dan rajin2 makan ubat..

suami akak pun dulu pernah disyaki doktor ada batu karang.. pas tu doktor tu suruh dia amalakan minum air kelapa.. alhamdulillah sekarang nampak macam ok

Totie@Tomy

salam kenal..moga mak bertambah sihat..sedap sambal kupang ni...

CPP

alahai cik rinn...ngences CPP tgk kupang tu

Post a Comment