CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, November 25, 2011

Nasi Goreng Kampung Nenas

salam semua ... apa menu weekend nie ? errmm tentulah yang dbom dbom dbom atau pun kebam kebambommm..hehehehhehehe..minggu nie menu cik rinn simple jerr nasi goreng kampung tapi cik rinn mixed dgn carrot dan nenas  pergghhh rasanya tidak menghampakan kalau tak caya cercuba cercuba cercuba hehehehe..sbb rasa nenas n pedas cilipadi buat rasa macam makan di thailand pulak.... jom layanzzz


jom breakfast nasi goreng kampung nenas (sila abaikan pic di belakang itu)
biasalah food presentation sebelum di ngap cik rinn

Bahan-bahan ( 3org )

  • 3 cawan nasi putih
  • 20 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 1 biji carrot potong dadu
  • suku biji nenas di potong dadu
  • 3 sb minyak masak
  • garam
  • kiub ikan bilis (optional)

Cara-cara

  1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. masukan carrot dan nenas dalam 2 minit ,  Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & kiub ikan bilis. Gaulkan biar sebati.
  3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. 
  4. padamkan api boleh di hias dgn sebijik telor goreng n daun bawang,,, nyummyyyyyyyy

Sunday, November 20, 2011

Roti Jala with Kari Ayam



 salam semua..apa khabar rakan blogger sekalian...cuti sekolah its back...so apa menu utk hidangan anak2 di rumah..cik rinn seperti biasa untuk minum petang bersama jiran jiran ku...roti jala sahaja,,hanya ini jerr yg berkhasiat kureng minyak ..tapi kari ayam tue saper nak jawab yea ???????? opssssssss tak per lah sekali sekali ..heheehhehehe... resepi ini cik rinn ambil drpd my resepi ..cik rinn tengok lebih kureng dgn resepi bonda cik rinn kat kg ajerr,,kira boleh lah tu ..biasalah mood malas dah smpi malas nak menaip ..so copy n paste ajelah ..hehehehhehe... jom kita layanzzzzzzzzzzzzzz



hidangan tersedia untuk tetamu cik rinn

food presentation .. untuk tatapan u olls

Bahan-bahan ( 3 orang ) sumber my resepi

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar 

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah. 


Friday, November 11, 2011

Nasi Tomato Yogurt

 salam semua , apa khabar rakan blogger sekalian, semoga allah merahmati kamu dunia dan akhirat..amenn n3 cik rinn kali ini adalah berkenaan nasi tomato seumur hidup cik rinn tak pernah mencuba membuat nasi tomato nie..maklumlah orang melaka ..asyik asam pedas , sambal asam pedas sambal itu ajelah makanan kami sekeluarga... terima kasih allah kerana percubaan pertama ku menjadi bangat sampai tetamu makan ..sambil mengomel buyeh bukak restaurant lerrr,,, kalau kita ikhlas memasak insyaALLAH allah akan permudahkan urusan kita,,,, resepi ini , cik rinn dpt drpd sahabat baik cik rinn puan masturah jamaluddin syukran jazilan masturah...


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 cawan air
  • 1 cawan  yogurt plain
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besardi belnder dan  dihiris sedikit utk menumis
  • 2 inci halia - blender dan di hiris utk menumis
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau (blender bawang besar,halia,)
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato puri, yogurt, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng