CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, November 11, 2011

Nasi Tomato Yogurt

 salam semua , apa khabar rakan blogger sekalian, semoga allah merahmati kamu dunia dan akhirat..amenn n3 cik rinn kali ini adalah berkenaan nasi tomato seumur hidup cik rinn tak pernah mencuba membuat nasi tomato nie..maklumlah orang melaka ..asyik asam pedas , sambal asam pedas sambal itu ajelah makanan kami sekeluarga... terima kasih allah kerana percubaan pertama ku menjadi bangat sampai tetamu makan ..sambil mengomel buyeh bukak restaurant lerrr,,, kalau kita ikhlas memasak insyaALLAH allah akan permudahkan urusan kita,,,, resepi ini , cik rinn dpt drpd sahabat baik cik rinn puan masturah jamaluddin syukran jazilan masturah...


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 cawan air
  • 1 cawan  yogurt plain
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besardi belnder dan  dihiris sedikit utk menumis
  • 2 inci halia - blender dan di hiris utk menumis
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau (blender bawang besar,halia,)
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato puri, yogurt, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

 

4 comments:

Amie

selamat pagi Azu,
langkah kanan datang ke sini, ada naso tomato...ya Allah! sedapnya Azuuuuuu....

aZuMaya

yea kak amie..jemput masuk ..buat mcm rumah sendiri ..hehehehhe

dalila

lama x masak nasi tomato... :(

Unknown

adoiyaaiii laponyer...cik rin meh la duduk sebelah rumah CPP...bley hari-hari ngecek makanan..hehe

Post a Comment