CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, December 17, 2011

Goreng Pisang dan Keledek - Nostalgia PML


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, hari ni cik  rinn nak kongsi resepi  adunan tepung goreng pisang, apa ?apa? jangan tak caya , mesti u olls fikirkan goreng pisang pun nak masuk dlm blog ke ? almaklumlah bila weekend jerr dapur cik rinn tak berasap maklum memenuhi jemputan kenduri kendara saudara mara... jadi ini ajelah santapan cik rinn utk minum petang ...oklah cik rinn nak citer sikit pasai  adunan ni sangat istimewa sebab di campur dengan kelapa kering, bila makan tu, terasa akan lemak kelapa dan kerangupan nya, sebab rinn guna tepung beras, tapi adunan ni kena cair sedikit daripada adunan pisang goreng yang selalu kita buat tu, biar lebih rangup dan paling penting ia tidak meresap minyak apabila digoreng, resepi ade kat bawah ni ye. jommm kita minum



Goreng Pisang sedap jugak di cicah dgn gula pasir
Goreng Keledek Sedap dicicah dengah kuah kicap pedas....
Adunan Pisang Goreng Lemak Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
 BAHAN BAHAN
3 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 senduk kelapa kering ( nak ganti dengan kelapa parut pun boleh)
1\2 biji telur
sedikit air
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
beberapa biji pisang nangka / keledek oren

Cara-caranya
1.  Semua bahan di masukkan di dalam bekas adunan, kecuali pisang dan air, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan pisang goreng ni, cair sedikit, tidak terlalu pekat.
2. Setelah semua nye sebati masukkan pisang nangka yang telah dipotong dua, kacau sehingga adunan tepung meliputi pisang, goreng hingga ke-emasan, angkat dan sedia untuk dihidangkan, sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama keluarga. Selamat Mencuba.

6 comments:

Amie

Selamat petang Azu,
bubuh kelapa kering ye...ooo resepi baru yang Amie jumpa ni, jakunnnn betulll

aZuMaya

selamat petang utk amie jugak.. a'aah mmg ranggup cubalah

saharinasaharudin

sedapppnyee pisang goreng.fav rin tuu.

p/s,nma kite sma lah.hihi ;0

Be Simple Beb(BSB) - threeQ

cikrin aku kalau goreng2 nie malas sikit..nanti berminyak dapur aku...aku beli jer...hehhehe

Ucu Faridah

selalu jugak buat mcm ni tapi x pernah pulak bubuh kelapa kering..nak kena cuba ni..
lagi satu, sambal tu menyelerakan lah...kecur ayaq liur..

CPP

wahhhhh sedapnyer

Post a Comment