salam semua , apa khabar rakan blogger sekalian, semoga allah merahmati kamu dunia dan akhirat..amenn n3 cik rinn kali ini adalah berkenaan nasi tomato seumur hidup cik rinn tak pernah mencuba membuat nasi tomato nie..maklumlah orang melaka ..asyik asam pedas , sambal asam pedas sambal itu ajelah makanan kami sekeluarga... terima kasih allah kerana percubaan pertama ku menjadi bangat sampai tetamu makan ..sambil mengomel buyeh bukak restaurant lerrr,,, kalau kita ikhlas memasak insyaALLAH allah akan permudahkan urusan kita,,,, resepi ini , cik rinn dpt drpd sahabat baik cik rinn puan masturah jamaluddin syukran jazilan masturah...
 |
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan beras basmati
- 1/2 tin tomato puri
- 2 cawan air
- 1 cawan yogurt plain
- 1 helai daun pandan
- sedikit garam
- ## Bahan tumis ##
- 2 sudu mentega
- 2cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
- 2 ulas bawang putih-hiris
- 1/4 bawang besardi belnder dan dihiris sedikit utk menumis
- 2 inci halia - blender dan di hiris utk menumis
- ## Hiasan ##
- Bawang goreng
Cara-cara
-
Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
-
Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau (blender bawang besar,halia,)
-
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato puri, yogurt, air, daun pandan dan sedikit garam
-
Masaklah nasi macam biasa.
-
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng
| |