Salam u olls , bersambung kita part II, ater citer veitnam ini idok lerr abis lagi,,, my heart still in Vietnam .. sebab cik rinn enjoyed sangat pada trip kali ini sebab allah swt kurniakan cik rinn kengkawan yg best bangat ,,, terima kasih lerr pada pak encik hubby kengkawan cik rinn nie kerana memberi lessen “besau” kepada isteri masing2 utk mengikuti journey ni , tapi encik hubby semua berbaloikan dapat racket LINEN sorang satu kan hehehhehehehe,… pada sis ija, ina, elli , k.adik, nor dan sis rose ..u olls mmg best .. next trip kemana pulak? … hehehhehehehehehehhe
Ok .. part ni cik rinn nak citer sket tentang Terowong Cu Chi Tunnel , tempat yg wajib di lawati kalau tak melawati? u olls memang rugi, mcm tak der makna datang ke Saigon . tempat ini di panggil terowong bawah tanah aka lubang tikus , idea yg superverb daripada gerila Vietcong semasa peperangan dengan tentera amerika pada tahun 1968.cu chi tunnel merupakan salah satu bukti sejarah perang Vietnam yg terjadi sekitar tahun 70an, tempat di mana tentera Vietcong bersembunyi dan gerilanya melawan sekutu amerika. cu chi tunnel ini terletak 70km dan 1 jam perjalanan daripada bandaraya Saigon dan cu chi tunnel ini terletak di daerah cu chi . tempat ini adalah tempat yang paling di geruni oleh tentera amerika kerana di sini dikatakan terdapat bnyk jerangkap samar di seluruh kawasan ini . ramai tentera amerika yg telah terkorban terkena jerangkap samar sehingga membolehkan Vietnam menang dlm peperangan pada tahun 1975,( tahun cik rinn di lahirkan)
|
direction tentang cu chi tunnel |
|
tempat simpan senjata |
|
cer pilih cer pilih mana yg berkenan di hati |
|
buah cempedak di luar pagar .. amek kawwwww bnyk giler |
|
calon2nya yg akan menyahut seruan gerila vietkong , ellisha,ija, nor, ehem ehem, rose k.adik and ina |
|
bukan main happy korang ber2 erkk tunggu sat lagi |
|
ehem ehem pun tumpang sekaki - ini masa nak pie check in kat pintu masuk cu chi tunnel |
|
kusyuk mat salleh nie dgr penerangan |
|
Menurut kata tour guide kami cu chi tunnel ini , panjangnya 200km ( boleh tembus ke Negara jiran spt Cambodia dan Laos dan ada berapa tingkat terowong di dalamnya , ada perigi utk minum air cer bayang cer bayangkan u olls semua . Terowong2 ini saling berhubung antara satu sama lain serta memiliki bilik rawatan pesakit, stor penyimpan senjata api , dapur memasak , bilik mesyuarat , tour guide juga menerangkan pada kami bagaimana system pengudaraan berfungsi utk terowong2 ini agar tentera Vietcong tdk kehabisan oksigen selama berada didalam terowong dan juga bagaimana menyamarkan asap dari dapur ke dalam saluran udara dgn longgokkan daun daun yg setiap hari di gantikan sehingga tdk menimbulkan kecurigaan kepada tentera amerika. Berkunjung ke cu chi tunnel membuatkan kita tahu betapa sukarnya gerila Vietcong berjuang bermati-matian utk memerdekan Negara mereka daripada penjajahan Negara uncle SAM , kesimpulanya bersyukur lah kita dapat duduk Negara Malaysia yg terlebih dahulu merdeka daripada Vietnam ..(terasa insaf dlm diri cik rinn ,,sedih sesangat tengok pengorbanan tentera Vietcong utk membebaskan negara mereka dari cengkaman amerika).. ya allah aku bersyukur kepada mu di lahirkan sbg rakyat Malaysia dan dilahirkan sebagai anak merdeka..amin amin yaa rabbal amin,…. |
|
ater udah boring .. snap pic jap |
|
journey bermula ... siap ko ... |
|
ini sis ina ajelah yg muat size 27 beb ada bran dia jerr yg lepas masuk wakil daripada kami br7 |
|
muka excited yg tak sabau nak merangkak kat dlm cu chi tunnel |
|
sis ija pun berjaya jugak walaupun size 30..goood job bebeh |
|
tengah adjust tue.. ada brannn? |
|
ehem ehem tak muat so ambil jer lah pic dgn tentera vietcong |
|
tengok hutan dia mcm hidup segan mati tak mau,,kesan daripada bom masa peperangan dulu |
|
bekas BOM yg di letupkan tentera amerika |
|
kawasan sekitar chu chi |
|
bilik memasak tentera gerila |
|
journey cik rinn bermula di sini |
|
start journey ..good luck |
|
finally berjaya - good job |
|
ini sis ija n ina masuk cu chi menerusi lubang yg di tengah .. ingat tak pic di atas |
|
cik rinn tabik spring kepada demer berdua nie,,, mmg berani ... |
|
snap lerr pic sikit ater demer udah tamat meyeronap dlm cu chi tunnel tadi |
|
ater lepas penat kita main air dekat paip buluh |
|
cuci mato jap tgk mat n minah salleh nie ..hehehehhehehe |
|
time to minum setelah kesemua berjaya masuk cu chi tunnel dgn jayanya nyerr |
|
inilah makanan tentera vietcong dlm cu chi tunnel ,,sedap gak beb ubi rebus cicah dgn kacang tumbuk letak gula sikit dan air teh pandan..mmg sesuai |
|
jom posing jap |
|
jom posing lagi |
|
ini senjata peninggalan tentera vietcong , kalau boleh bawa balik leh main meriam dgn kebaiq hehehhehehe
oklah setakat ini utk hari ini yea nanti kita bersambung lagi yea.. tapi for your information kita org proud sgt kerana kita org dpt masuk chu chi tunnel yg "real" yg asli punya yg di gunakan oleh tentera Vietcong , sbb yg replica punya terlalu ramai org yg Q utk masuk di dalam nyer.. syabas pada ina dan k.ija krn berjaya masuk yg ORIGINAL chu chi tunnel .sebenarnya banyak lagi tempat kat cu chi tunnel cik rinn tak sempat nak upload sbb system internet menggong sikit nak upload gambar... hhuuhuu so layan apa yg dapat dulu lah yea
|
2 comments:
terliur tengok ubi dengan kacang tumbuk..sedapnya...
totie senang jerr buat tue
Post a Comment