salam semua...minggu ini merupakan minggu dugaan yg paling besar utk kami sekeluarga.. kerana allah sedang menguji kami sekeluarga dgn kegeringan nenda kami tersayang.. ya allah ya tuhanku kau tabahkanlah hati kami sekeluarga mengahadapi dugaan dariMU ya ALLAH... di harap rakan blogger lain dapat mendoakan kesihatan utk nenda saya....ameennn... story kali ini adalah tentang kek kukus gula hangus....kek kukus ini saya buatnya since last week lagi before my nenda belum sakit...now saya still berada di kg semasa mengupdate blog .... so layan lah kek gula hangus from me..( sorylah cik sue i terpaksa copy u punya resepi...)
Resepi Apam Gula Hangus.
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digorang dengan api sederhana besar.
Bila gula dah cair masukkan air panas kemudian masukkan mentega (bab nie kena hati² sedikit krn akan meletup² sedikit). Kacau sehingga mentega cair sejukkan.
Bahan B
4 biji telur Gred AA
1 Cawan susu pekat
1 cawan tepung kek
2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara²nya
* Pukul telur sampai kembang + pekat
* Masukkan esen vanilla + susu pekat mix hingga sebati
* Masukkan tepung dan soda yg telah diayak terlebih dahulu
* Last sekali masukkan gula hangus yg telah sejuk tadi.
* Perap adunan ini selama3-4 jam. (bertutup)
(Ini bertujuan untuk mendapatkan structure sarang yang cantik).
* Kukus selama 1 jam di atas api sederhana.
Selamat mencuba.