CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Mr Crab Fried Chili and Pucuk Paku Ikan Sardin

salam semua apa khabar , ramadan sudah , raya sudah,  duit pun sudah habis hehhehehe,,, cik rinn tahun ni alhamdulillah puasa penuh ....syukran jazilan ya allah swt ... puasa 6 bagaimana...itu yg sedih hanya dpt 4 hari ajer.. di sebab mcm hal berlaku sepanjang syawal nie... tapi alhamdulillah skrg semua masalah dah Seattle... so apa menu kengkawan2 blogger sekalian .. open house sana sini .mesti bnyk menu2 yg menarik kan kan kan ..cik rinn tak der open house ,  umah cik rinn sentiasa open utk semua kengkawan yg sudi singgah di teratak buruk cik rinn nie... so utk first n3 selepas raya nie  cik rinn ingin berkongsi dgn anda semua ketam goreng berchili my family style dan gulai pucuk paku ikan sardin .... sempoiiiiiiiii ajerr .. resepi di bawah setiap gambar ..cik rinn mood malas nk taip kat bawah sanun... harap kengkawan faham lah yea..kalau tak faham buat2 ajelah faham...

goreng ketam yg telah di gaul terlebih dahulu kunyit dan garam , goreng sekejap sahaja
panaskan minyak , tumiskan cili kering sebanyak 3 sudu makan, udang kering di tumbuk dlm satu gengam, bawang kecil 5 biji di tumbuk, bawang putih 2 ulas di tumbuk , tumis hingga garing selepas garing masukkan garam, dan gula mengikut citarasa anda semua....
selepas chili sudah garing masukan ketam , dan kuning telor asin sebanyak satu bijik , tolong hancurkan terlebih dahulu kuning telor  dan kacau rata ...
selepas sebati dan semua bahan secukup rasa , akhir sekali masukan telor ayam sebijik , kacau rata , setelah telor ayam masak .. terus padamkan api ...
tara sudah siap... jemput semua..
masak lemak pucuk paku paling sempoi , santan kelapa 2rm, bawang kecil 5 bijik, kunyik hidup 2 inci , cilipadi kampung 10 biji, dan serai 2 batang ..semua bahan ini hendaklah di tumbuk .. kecuali serai ..tumbuk gitu2 ajer....masukan dlm periuk bahan yg di tumbuk dan santan , apabila mendidih  masukkan pucuk paku dan ikan sardin tin sebanyak 3 ekor , hancurkan dahulu isi ikan sardin pehtu gaulkan sekali...
apabila kuah mendidih tutupkan api .. tara sudah siap..
apa macam ok tak kombinasi mr crab n pucuk paku ikan sardin

jom kita perhabihkan ...hehehhehehe...
 

Thursday, November 11, 2010

Masak Lomak Cili Padi ketam ala2 white house coTTage

close up sket ..cam model aje ketam aku nie..hhehhehhehe
ini pandangan dari depan..isk isk isk naper mata ketam aku buntang lagi weiii

ini tanda bukti saya masak di rumah...nanti cik sue dan BSB tak percaya pulok

RAMUAN NENEK

Bahan2 Yg Di Kisar :
bawang merah 15ulas
bawang putih 4 ulas
kunyit hidup 4cm
cili padi kampung 20 biji - saya guna warna hijau shj
serai 3 btg

ketam 1kg
nenas sarawak 1 biji di potong ikut suka
santan pekat 2 biji
air suling or mineral water 1 cawan
garam secukup rasa

Cara:
Bersihkan ketam
Campurkan kesemua bahan-bahan yg dikisar termasuk air mineral water 1 cawan
ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan ketam dan santan pekat. kacau selama 6 minit masukan garam
selepas itu masukan Nenas tunggu sehingga kuah mengelegak Tutup api.

Tips nenek
Jangan sesekali masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang. & kacau kuah selalu supaya santan tidak pecah minyak dan masak pada api yang perlahan. oklah selamat mencuba.(ada ke org nak cuba perasan ajer aku nie)