CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label happy baking aPaM PelaNgi. Show all posts
Showing posts with label happy baking aPaM PelaNgi. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

happy baking aPaM PelaNgi

salam semua , semenjak KL turut serta dengan cuti thaipusam nie..saya mengambil kesempatan mencuba APAM PELANGI ( my resepi.net )dah lama saya teringgin untuk mencuba .. alhamdullilah akhirnya berjaya juga ... percubaan pertama sudah menjadi ... insyaAllah .. bolehlah mencuba apam MEKAR selepas ini....tapi tak tahu bila...so kita layan...

putar telor, gula castor , ovallet

tepung gandum, santan kara, baking soda , esen vanilla - putar sampai sebati

bahagikan adunan kepada tiga bahagian ikut suka

lapiskan setiap adunan satu demi satu sehingga habis

kukus selama 30 minit

sejukkan pada suhu bilik

potong ikut suka dan makannnnnn

Bahan bahan

4 biji telur
300 gms tepung gandum
300 gms gula pasir
2 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil baking soda
250 ml santan
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara cara
1. Pukul telur, gula dan ovallet hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Masukkan warna yg disukai.
4. Lapiskan setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
5. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu hingga masak.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
resepi ini di copy drpd
http://hazila.blogspot.com/2010/11/apam-pelangi_29.html....tqvm hazila.