CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 18, 2012

Carrot Cake

salam semua , walaaaaaaaaaaaa finally cik rinn berjaya membuat carrot cake .. first time so alhamdulliah berjaya juga..ermm suka sanggat, sebanarnya cik rinn dah lama explorer kat blog kengkawan tengtang carrot cake nie...perghhh akhirnya kat my resepi juga cik rinn parking resepi carrot cake nie ..mmg amat mudah sebab tak guna butter cuma telor tapi rasa cik rinn kalau kukus lagi syokk kottt ... hehhehehe ini pun udah marvellos buat kata kawan office mate cik rinn lerr...hehhehehehhe... bagi cik rinn rasa carrot cake nie mcm rasa kek buah kukus... tang carrot tue cik rinn tak dpt nk menikmati...maybe cik rinn letak sedikit jerr kot ..apa2 pun kita layan jerr lah pic suam suam kuku dari cik rinn nie...janji cik rinn adoooo...blogger lain pun adooo...cik sue n bsb khomer berdua harus mencuba amat mudah sehhhhhhhhhh... jom sekodenggggggggggg

ini ghuper adunan carrot cake sebelum di bakar
ini pulak udah hampir masak walaaa ...naik tueee
ini selepas di hias.. cik rinn tak sempat nk letak cream cheese frosting , cik rinn cuma letas susu isian pekat tapi kena masuk dlm fridge sbb nak bagi dia likat sedikit
ini ghupernya bila dah potong...sebijik mcm kek buah


Bahan-bahan ( 9 inch )
  • Bahagian Kek
  • 1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
  • 4 biji telur gred B
  • 120 gm gula castor- cik rinn guna100gm jerr
  • 120 gm gula perang - cik rinn guna 100gm
  • 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)-  cik rinn guna kacang badam
  • 250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)- cik rinn guna tepung cake
  • 1 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
  • 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
  • 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
  • 1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)- yg inilah buat sedapp
  • Cream Cheese Frosting
  • 120gm gula icing
  • 250gm cream cheese
  • 120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
  2. kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
  3. akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
  4. masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
    bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
  5. cream cheese frosting 
  6. masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
  1. utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.
happy baking! ^__*

Sunday, February 12, 2012

Popia Vegetarian versi White House Cottage


Salam semua , apa khabar rakan2 blogger sekalian , cikk rinn doakan semua berada di bawah lindungan dan rahmat allah swt ..amennnnnnnnn.. alahamdulillah cik rinn happy sangat semasa menaip resepi ini kerana bonda kesayangan cik rinn sudah beransur sembuh luka pembedahan pun sudah hampir pulih..ya allah terima kasih ya allah dan terima kasih juga kepada rakan2 blogger yg mendokan kesejahteraan bonda cik rinn kepada rakan bloggers mala , kak azlita masam mannis ( diva masakkan ) hehehehehe , bsb, cpp , totie tommy ,cik sue dan silent reader semua ....oklah kali ini cik rinn nak kongsikan resepi yg amat mudah sekali dan senang sekali ...resepi popia goreng vegetarian tanpa menggoreng inti di dalamnya... ternyata mmg benar keranggupan dan kemanisan sayuran di dalamnya spt carrot n sengkuang ...errmmmm olalalalalalaala..... jom layan

2 biji carrot , 1 biji sengkuang , daun bawang, daun sup, garam dan serbuk tumiz bilis, tdk payah di masak yea ..semua bahan gaul sekali sahaja..di ulang tdk payah di masak
sebungkus kulit popia
aturkan inti sayur2ran ke dlm kulit popia
gulung or lipat mcm ini (terserah pd kreativiti masing2)
goreng dgn api yang perlahan smpi kuning keemasan
tara ..ini dia ghupernya udah siap
ini ghuper inti di dalamnya... jgn risau kesemua sayurnya memang masak dan ranggup kerana kepanasan minyak dlm kuali menyebabkan inti popia ini akan masak..tak caya cer cuba cer cuba ...







Bahan-bahan Kuah Lada aka Sos Cili

  • 4 sudu makan cili blender
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu makan air asam jawa or cuka
  • Gula pasir 4 sudu makan
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Masukan kesemua bahan di dalam blender, dan blend dlm 3 minit dan masakkan di dalam periuk sehingga kuah lada medidih jikalau terasa pedas sila tambah gula sahaja..maaflah cik rinn tak berapa ingat sukatan gula selalu main campak campak jerr..kalau pedas tambah gula shj... selamat mencuba....

Wednesday, February 1, 2012

Sambal Tumis Kupang Versi White House Cottage

salam semua .. apa khabar saudari2 sekalian , bulan ini merupakan bulan yg penuh dugaan bagi cik rinn sekeluarga , kerana bonda kesayangan cik rinn mengidap sakit batu karang , dan alhamdulillah semasa cik rinn updated blog ini bonda cik rinn sudah pun keluar dari hospital semoga allah memberi kesihatan yg baik utk bonda cik rinn dan rakan2 sekalian amenn... oklah..menu di bawah ini adalah  menu resepi keluarga cik rinn jomlah kita layan menu yg suam suam kuku ni.....

Sambal tumis kupang
jom makan
Sambal Tumis Kupang ala White House Cottage

Bahan-Bahannya

500 gram isi kupang yg sudah di rebus
6 biji bawang kecil di tumbuk
segengam ikan bilis di tumbuk 
cili kering blender satu mangkuk sup ( terserah pada anda semua)
1/2 cawan santan kelapa
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara-Cara 
1. Panaskan minyak masukan bahan yg di tumbuk ..goreng hingga wangi kemudian masukan cili blender goreng sehingga garing cilinya.
2. Selepas cili blender garing masukan asam gelugur biarkan 2 minit dan masukan santan kelapa jikalau pekat masukan sedikit air ..dan masak sehingga santan pekat dan mendidih sambalnya..dan akhir sekali masukan garam . selamat mencuba