CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

BuBur Som Som


assalammuailaikum warahmatullah wabarakatuh , apa khabar rakan blogger semua cik rinn mendoakan kalian semua berada di bawah lindungan allah subahannallah taala ... oklah seperti biasa cik rinn kongsikan satu lagi resepi warisan nenek moyang kita, iaitu bubur som som ..selalu bubur som som nie kami sekeluarga makan di bulan puasa ..paling best bila di makan sejuk2 ..ermmmm... nalasehhhhhhhhhhhh... (sedap) resepi nyer sama jugak dlm my resepi ..so apalagi cik rinn copy n paste jerr... ok bye tata titi tutu..cik rinn tak sabar nak pie shopping english decoration nie......sehingga berjumpa lagi  ...

bubur som som
close up sket ..

sumber my resipi oleh kak fida 

Bahan-bahan

  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.(sebelum tue cik rinn akan blender semua bahan itu selama 5 minit bagi mendapat adunan yg halus   - ini petua nenek cik rinn
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melak

Saturday, May 7, 2011

Talam Jagung

salam semua kepada rakan blogger dan silent reader , semasa cuti hari buruh sepupu awok hendak datang berkunjung ke white house cottage , pening juga lah memikirkan nak buat menu apa utk minuman petang , jadi mula search ke uncle google finally jumpa blog kak yati memories http://yatiememories.blogspot.com/2011/02/talam-kastard-jagung.html tengok resepi wow menarik bukan apa? bahannya semua ada kat rumah dan tak payah pergi ke kedai , apalagi awok pun cercuba cercuba cercuba inilah hasilnya TQVM kepada kak yatie. memang berbaloi baloi rasanya ... humanggg aii kata sepupu saya.....sedappppppppppppppppp ..

  1. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  1. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
wow cam menarik....siap timbul2 lagi butiran jagung dia

inilah dia TALAM jagung n pandan

sepiring utk jiranKU


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
http://yatiememories.blogspot.com/2011/02/talam-kastard-jagung.html
Lapisan Bawah

  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas

  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.