CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Sambal Goreng Ikan bilis dan kacang

Assalammuailaikum.. salam sejahtera .. kepada rakan2 blogger ku sekalian.... apa khabar semua semoga di bawah lindungan rahmat allah swt ..  ya allah rindu bebeno nk update blog .. kerana sibuk sangat sejak akhir2 ini sehingga tak dpt nak update blog ...alhamdulillah di pagi yg ceria in allah memberikan u sedikit masa utk update blog,,.. citer Travel dah tak derr,,duk diam diam ...kita bagi tabung unta kita penuh balik yea ,.hahhahahahhaa... oklah apa cer kali ini ..simple jerr sambal goreng ikan bilis dan kacang cik rinn tahu kat luar sana mesti famous dgn sambal ini kan ... yealah sambal warisan turun temurun .. makcik cik rinn kalau pi haji pun bawak sambal ini... boleh simpan lama... berbaloi sgt buat... cik rinn buat sambal ini semasa cik rinn pi travel ,maklumlah cik rinn ini cerewet sikit bab makan ... hehhehehehe, tue pasal besar mcm jumbooo... hahhahahha... apa2pun  kita layan pic suam suam kuku dari cik rinn nie....

masih dlm kuali
close up sikit
jemput makan ... makan dgn roti pun sedap tau.nyummyyyyyyy
Bahan bahan
ikan bilis 350gm - di goreng dahulu  dan di tos
kacang tanah 150gm - di goreng dahulu  dan di tos
cili blender - terpulanglah - cik rinn guna satu mangkuk
bawang kecil 10 ulas - di tumbuk
asam keping 2 keping
minyak kelapa utk menumis
ikan bilis 2 gengam - di tumbuk 
gula merah 2 sudu
garam secukp rasa

Cara- cara
1. panaskan minyak , masuk kan ikan bilis di tumbuk dan bawang kecil di tumbuk goreng sehingga wangi
2. masukan cili blender tumis sehingga cili garing dan bertukar colour dari merah terang kepada maroon
3. masukan asam keping , garam  dan gula merah  rasalah apa yg kurang dan tambah lagi

4.selesai masak kesemuanya .. padamkan api masukan ikan bilis dan kacang tanah yg di goreng terlebih dahulu gaulkan hingga sebati .. dan boleh di hidangkan ..taraaaaaaaaa sudah boleh makan....



p/s aka petua .. my mom kata cili mesti goreng hingga garing ..kerana ini ada faktor utama sambal goreng ini boleh tahan lama ...menggoreng cili ini memakan masa hampir 1/2 jam di api yg kecil....