salam semua , n3 kali ini berkenaan dengan muffin pandan , dah lama teringgin nak buat tapi masa tidak mengizinkan , so dgn izin allah swt akhirnya cik rinn bisa merealisasikan impian nak buat muffin ini, amat mudah anda harus mencubanyer,,, rasanya tidak menghampakan...kalau tak caya ? cer cuba cer cuba cer cuba ..hehehehehehhehe..jom kita layannnnn muffin mengebuzzzz nie,,,,
Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. |
Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering dan masukan telur ayam. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). |
inilah ghupernyer bila adunan siap di campurkan kesemua bahan |
Isikan adunan ke dalam paperliners |
Bakar selama 20minit pada suhu 190 dajah Celsius |
inilah hasilnya muffin yg mengebuzzz |
siap untuk makan |
sumber my resepi.net
Bahan-bahan :
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.
ara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond atau kismis di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Petua Masakan-
Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung

5 comments:
kalau terang lagi nampak cantikkk...tapi ini pun cantik gak..
suke muffin tp lebey pade vania muffin , woahh :)
waaa....senang n nmpak sedap...nak try wat utk jamuan akhir thn taska anak sya nnti...tq 4 this resepi
BSB - AKU RASA UDAH CUKUP TERANG NIE
LINA_LIN - KALU SUKA BUAT LERR SENANG TU
INTAN - CER CUBA CER CUBA HEHEHEHEHE
wah simple kan...mesti cuba nih
Post a Comment