CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, September 4, 2011

Rendang Minang Kupang

Salam semua kepada blogger2 sekalian di sini cik rinn ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ... semoga ALLAH swt menerima segala amal ibadah kita semua amen...oklah sempena hari raya ni cik rinn ingin berkogsi resepi rendang minang keluarga cik rinn .. rendang minang nie ada macam2 ..jomlah kita layan versi rendang minang  keluarga cik rinn yea...maafler yea awok nie mmg brutal sikit ..pic dari dlm kuali jerr hehehehhehehhehe



RENDANG MINANG - KUPANG OR KERANG

Bahan-bahan

800gm kupang or kerang  - yg sudah di kopek...
20  bawang  kecil
5 cm lengkuas
40 biji cili padi kampung .. terpulang kalau nak pedas tambah or kurang..
7 batang serai
4 cm kunyit hidup
3 1/2 biji kelapa, diperah santannya (PATI SANTAN JERR)
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 keping daun limau perut
Garam secukup rasa 
1 kiub perisa ikan bilis 
4 sudu besar kerisik kelapa


Cara membuat

• goreng kupang or kerang sedikit lebih kurang dlm 10 minit di api yg kecil -  cara ini adalah utk mengelakkan kupang or kerang hancur- angkat dan toskan
• Kisar bawang kecil, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup.
• Masakkan santan hingga terbit minyak  ..macam kita hendak buat minyak kelapa , bila santan dah pekat hingga nmpk terbit minyak sedikit di tepi kuali tue barulah masukkan bahan2 yg di blender tadi ,masukkan kiub ikan bilis, daun limau perut, garam, kerisik kelapa, asam gelugur dan kacau hingga rendang itu kering  dan pekat .
Kacau rata menggunakan api sederhana. dan masukan kupang or kerang tadi kacau2 perlahan dan tutup api dan masukan hirisan daun kunyit ...dan boleh di hidangkan.
selamat mencuba !

0 comments:

Post a Comment