CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, August 5, 2012

Serunding Kelapa Warisan Bonda

Salam semua salam ramadan , apa khabar rakan2 dan sahabat handai sekalian , semoga kita semua tabah melalui bulan ramadan ini , hari ini dah berapa hari puasa yea...dan hampir pertengahan puasa , alhamdullilah tahun ini dapat lagi kita semua merasa berpuasa di bulan ramadan... insyaALLAH mudah2han ALLAH pnjg umur kita supaya dpt bertemu di ramadan akan datang , sempena di bulan yg mulia dan barakah ini cik rinn ingin memohon maaf kepada silent2 reader cik rinn kot2 cik rinn terkasar bahasa ke ? ampunkan daku .. tujuan utam cik rinn berblog ini bukanlah kerana nk menunjuk2 ..atau riak dan jauh sekali  takbur , atas apa shj yg cik rinn upload di blog ini ..cuma sekadar hobi cik rinn yg ingin berkongsi itu shj ..tidak lebih dari itu.. sekadar hobi daku di masa lapang......apa2pun moh kita layan sambal serunding kelapa bondaku .. ini adalah salah satu makanan fov cik rinn selalu makan dgn nasi impit , roti , nasi  , apa2 pun boleh... cik rinn punya serunding agak kering sbb nk simpan lama sikit...

setelah di gaul semua ..
close up sikit
jemput makan ..


Bahan-Bahan: 

1 biji kelapa parut - ambil yg putih shj - cik rinn guna kelapa kemirau ..yg belum tua sgt
3 sudu besar cili blender
5 biji bawang kecil di tumbuk
2 ulas bawang putih di tumbuk
2 inci kunyit hidup di tumbuk
3 batang serai - di mayang dan di blender
1 helai daun kunyit
segengam ikan bilis di rendam dan di tumbuk - terpulang nk guna udang kering pun bole
isi ikan kembung di bakar dan di carik carik - terpulang kepada masing2 suka ikan apa
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa

Cara - cara
Tumis tanpa minyak bahan yg di tumbuk dan di blender kesemuanya , sehingga pekat dan kering air , tumis dlm 3 minit
Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. masukan daun kunyit dan isi ikan kembung
Goreng di api yg perlahan sehingga kelapa itu kering terserah pada individu suka mcm mana , cik rinn lebih suka kering sbb tahan lama .