CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, March 10, 2012

Trip Ho Chi Minh City - Delta Mekong - part III

Salam u olls , ok bersambung part III yea … sebelum tue cik rinn nak kabor kan sket tentang vitenam nie , buat pengetahuan u olls ho chi minh city or Saigon adalah bandaraya bersih yea,..lebih bersih daripada bandung jadi jgn risau nak ke sini, sbb ramai rakan blogger pm cik rinn tanya tentang kebersihan bandaraya Saigon .. dan lagi satu cik rinn paling suka, u olls percaya tak? kalau cik rinn cakap di Saigon tidak ramai peminta sedekah ! ada satu atau dua org jerr cik rinn jumpa itu pun masa hari terakhir cik rinn nak balik ..wa solute lorr dgn Negara Vietnam walaupun Negara baru nak membangun tapi mereka tidak suka meminta minta .. lebih suka berdikari…

oklah u olls the third day kami di bawa ke delta sungai Mekong , dari ho chi minh city or saigon mengambil masa lebih kureng 1jam 45minit jarak perjalanan dlm 85km , perjalanan melalui highway 5 lorong sehala 2 lorong utk motosikal dan 3 lorong untuk laluan kereta dan kenderaan berat. cer tengok utk lorong motosikal smpi 2 lorong depa nie mmg menghormati kepada moto bikers .. Excuse me depa tak merempit yea


welcome to mekong river
 

mai sini cik rinn nak citer sikit tentang delta sungai Mekong nie aka Mekong river dan nama asal sg Mekong ini dari bahasa Thai iaitu Mae Nam Khong bermaksud sungai khong. Sungai Mekong adalah sungai ke 10 terpanjang di dunia dan mengeluarkan 475km padu air setiap tahun , panjangnya 4880km dan keluasan sg Mekong seluas 812,000km persegi. Mengalir dari dataran Tibet di utara mengalir melalui Yunnan di china, Myanmar , Thailand , Loas kemboja dan Vietnam . Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup kepada sungai Mekong terutama sekali pesawah padi , lebih 140,000km persegi sawah ditanam di lembangan sungai Mekong . Sungai Mekong adalah nadi utama kepada pesawah2 padi di 5 buah Negara yang berkongsi sungai ini.. subahanallah kebesaran allah swt sebatang sungai boleh di gunakan oleh 90juta penduduk daripada 5 buah negara…. Subahanallah …..
 
masa ni kat perlabuhan sungai mekong
 
jom naik boat cik rinn

lady with coconut

kena pakai life jacket , sungainya dalam maaaaa
     



buah kelapa di angkut dari pulau yg terdapat di sg mekong ke tanah besar
 


 permandangan di sekitar sungai mekong .. mcm jambatan pulau pinang
   
 ini petrol pam dia....kalau boat cik rinn kehabisan minyak leh lah lepak sini
  
 ini boat double decker mat salleh n minah2 salleh depa bawa basikal
  journey kami bermula ...
 santan kelapa di masak bersama gula pasir
 lebih kureng macam dodol kita lerr
 isi dalam acuan dia...ini coconut pandan
 ini section pembungkusan coconut candy
 ini buah2 yg di hidangkan pada kami..ini jer yg halal

 time to bersantai mendengar lagu2 traditional nyer
 inilah dia vokal bukan sekadar rupa ... hehehehhee

 sama lah yg ini ..adik beradik
 i advise u kalau pie ho chi minh better beli baju kat pulau nie mmg murah berbanding dgn pasar ben than market
beg craft tangan pun murah hanya 2 dollar jerr

ini ubat kuat tenaga batin ada bran...kita org tak beli pun

inilah dia sungai mekong ..nmpk sungai nie kecil tapi dlm tue 3 meter

nampak asoh asosh nie mendayug sampan ..cian dia

peace ...

nor pun sama juga .. nk jugak tue
depa dah sampai dulu...


pic kelam kelibut...

 ini masa kat R n R otw ke sungai mekong
posing jap kat tasik dia...

cantikkan ... cik rinn rasa ini lah kaw paling cantik kat mekong

peace ... nice munger sis

 over gedik lerr tu...

ini tekong boat


Thursday, March 8, 2012

Trip Ho Chi Minh CITY - CU CHI TUNNEL - SECOND DAY - PART II

Salam u olls , bersambung kita part II, ater citer veitnam ini idok lerr abis lagi,,, my heart still in Vietnam .. sebab cik rinn enjoyed sangat pada trip kali ini sebab allah swt kurniakan cik rinn kengkawan yg best bangat ,,, terima kasih lerr pada pak encik hubby kengkawan cik rinn nie kerana memberi lessen “besau” kepada isteri masing2 utk mengikuti journey ni , tapi encik hubby semua berbaloikan dapat racket LINEN sorang satu kan hehehhehehehe,… pada sis ija, ina, elli , k.adik, nor dan sis rose ..u olls mmg best .. next trip kemana pulak? … hehehhehehehehehehhe
Ok .. part ni cik rinn nak citer sket tentang Terowong Cu Chi Tunnel , tempat yg wajib di lawati kalau tak melawati? u olls memang rugi, mcm tak der makna datang ke Saigon . tempat ini di panggil terowong bawah tanah aka lubang tikus , idea yg superverb daripada gerila Vietcong semasa peperangan dengan tentera amerika pada tahun 1968.cu chi tunnel merupakan salah satu bukti sejarah perang Vietnam yg terjadi sekitar tahun 70an, tempat di mana tentera Vietcong bersembunyi dan gerilanya melawan sekutu amerika. cu chi tunnel ini terletak 70km dan 1 jam perjalanan daripada bandaraya Saigon dan cu chi tunnel ini terletak di daerah cu chi . tempat ini adalah tempat yang paling di geruni oleh tentera amerika kerana di sini dikatakan terdapat bnyk jerangkap samar di seluruh kawasan ini . ramai tentera amerika yg telah terkorban terkena jerangkap samar sehingga membolehkan Vietnam menang dlm peperangan pada tahun 1975,( tahun cik rinn di lahirkan)


direction tentang cu chi tunnel

tempat simpan senjata

cer pilih cer pilih mana yg berkenan di hati

buah cempedak di luar pagar .. amek kawwwww  bnyk giler
 
calon2nya yg akan menyahut seruan gerila vietkong , ellisha,ija, nor, ehem ehem, rose k.adik and ina
 
bukan main happy korang ber2 erkk tunggu sat lagi 

ehem ehem pun tumpang sekaki - ini masa nak pie check in kat pintu masuk cu chi tunnel

kusyuk mat salleh nie dgr penerangan

Menurut kata tour guide kami cu chi tunnel ini , panjangnya 200km ( boleh tembus ke Negara jiran spt Cambodia dan Laos  dan ada berapa tingkat terowong di dalamnya , ada perigi utk minum air cer bayang cer bayangkan u olls semua . Terowong2 ini saling berhubung antara satu sama lain serta memiliki bilik rawatan pesakit, stor penyimpan senjata api , dapur memasak , bilik mesyuarat , tour guide juga menerangkan pada kami bagaimana system pengudaraan berfungsi utk terowong2 ini agar tentera Vietcong tdk kehabisan oksigen selama berada didalam terowong dan juga bagaimana menyamarkan asap dari dapur ke dalam saluran udara dgn longgokkan  daun daun yg setiap hari di gantikan sehingga tdk menimbulkan kecurigaan kepada tentera amerika. Berkunjung ke cu chi tunnel membuatkan kita tahu betapa sukarnya gerila Vietcong berjuang bermati-matian utk memerdekan Negara mereka  daripada penjajahan Negara uncle SAM , kesimpulanya bersyukur lah kita dapat duduk Negara Malaysia yg terlebih dahulu merdeka daripada Vietnam ..(terasa insaf dlm diri cik rinn ,,sedih sesangat tengok pengorbanan tentera Vietcong utk membebaskan negara mereka  dari cengkaman amerika).. ya allah aku bersyukur kepada mu di lahirkan sbg rakyat Malaysia dan dilahirkan  sebagai anak merdeka..amin amin yaa rabbal amin,….

ater udah boring .. snap pic jap

journey bermula ... siap ko ...

ini sis ina ajelah yg muat size 27 beb ada bran dia jerr yg lepas masuk wakil daripada kami br7

muka excited yg tak sabau nak merangkak kat dlm cu chi tunnel

sis ija pun berjaya jugak walaupun size 30..goood job bebeh

tengah adjust tue.. ada brannn?

ehem ehem tak muat so ambil jer lah pic dgn tentera vietcong

tengok hutan dia mcm hidup segan mati tak mau,,kesan daripada bom masa peperangan dulu

bekas BOM yg di letupkan tentera amerika

kawasan sekitar chu chi

bilik memasak tentera gerila

journey cik rinn bermula di sini

start journey ..good luck

finally berjaya - good job

ini sis ija n ina masuk cu chi menerusi lubang yg di tengah .. ingat tak pic di atas

cik rinn tabik spring kepada demer berdua nie,,, mmg berani ...

snap lerr pic sikit ater demer udah tamat meyeronap dlm cu chi tunnel tadi

ater lepas penat kita main air dekat paip buluh

cuci mato jap tgk mat n minah salleh nie ..hehehehhehehe

time to minum setelah kesemua berjaya masuk cu chi tunnel dgn jayanya nyerr

inilah makanan tentera vietcong dlm cu chi tunnel ,,sedap gak beb ubi rebus cicah dgn kacang tumbuk letak gula sikit dan air teh pandan..mmg sesuai

jom posing jap
 
jom posing lagi

ini senjata peninggalan tentera vietcong , kalau boleh bawa balik leh main meriam dgn kebaiq hehehhehehe


oklah setakat ini utk hari ini yea nanti kita bersambung lagi yea.. tapi for your information kita org proud sgt kerana kita org dpt masuk chu chi tunnel yg "real" yg asli punya yg di gunakan oleh tentera Vietcong ,  sbb yg replica punya terlalu ramai org yg Q utk masuk di dalam nyer.. syabas pada ina dan k.ija krn berjaya masuk yg ORIGINAL chu chi tunnel .sebenarnya banyak lagi tempat kat cu chi tunnel cik rinn tak sempat nak upload sbb system internet menggong sikit nak upload gambar... hhuuhuu so layan apa yg dapat dulu lah yea