CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, October 29, 2011

Paprik Sotong ala2 White House Cottage



salam semua ok n3 kali ini cik rinn masak sotong paprik... teringgin nak makan paprik sotong kalau beli kat kedai sikit sgt n tak boleh nak mengulang ulang makan...kalau buat sendiri 10 kali buat ulang tayang makan pun tak perr...moh kita layannnnn....


Bahan-bahan:
3 camb minyak
3 ekor sotong yg besar - dipotong bulat
1 biji bawangbesar - dihiris berbaji
1 batang serai - dititik
3-4 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut
2 batang kacang panjang - dihiris 2cm
1/2 carot - dihiris memanjang
100-120 ml air
sedikit garam

Bahan sos:
2 camb sos tomato
3 camb sos cili
1 camb sos tiram
1 camt kicap pekat


cara:
  • panaskan 1 camb minyak, masukkan sotong dan kacau hingga kering airnya. angkat
  • panaskan baki minyak, tumis bawang besar ,cili padi di tumbuk, serai dan daun limau purut hingga wangi
  • masukkan bahan sos dan kacau hingga pekat
  • bubuh carot, kacang panjang, dan garam serta sedikit air
  • bila sayur empuk, masukkan sotong dan kacau rata
  • masak selama 2 min kemudian angkat

Saturday, October 22, 2011

Colour of My Home Town

 Salam semua oklah n3 kali ini bebeza dengan sebelum sebelum ini yea kali ini cik rinn bawa melawat kg cik rinn yang damai lagi menyegarkan ...kg cik rinn terletak di kuala linggi melaka dan sebelah ibu pula terletak di pasir panjang port dickson n9 ..so kepada BSB yg tertunggu tunggu n3 tentang kampung cik rinn moh kita layan hehheheehhehe...



INI RUMAH TOK WAN CIK RINN (KUALA LINGGI)
INILAH TERATAK BONDA CIK RINN
RUMAH LIMAS MELAKA ..TAPI MODEN SIKIT GUNA TINGKAP NAKO
INI COLLECTION TANDUK RUSA MY BONDA
ORKID KESAYANGAN BONDA
UDANG AA ..BAPAK CIK RINN TANGKAP ,,NAK PIE JUAL SEKILO 40 HENGGIT
INI DIA PISANG RAJA UDANG ..BSB HANG PERNAH MAKAN KE?
BUAH HATI CIK RINN
ALAHAI BUCAI (BUSAINA)  MAKAN SATE YEA DAN AYAHANDA CIK RINN
ALHAMDULILLAH CIK RINN MASIH PUNYA WAN ..AYAH CIK RINN PUNYA MAK
INI NENEK CIK RINN - BONDA CIK RINN PUNYA MAK
INI TUCING CIK RINN KAT KG NAMA DIA TIGER WOOD
INILAH TERATAK SEPUPU CIK RINN ..DLM N3 LEPAS TAJUK TERATAK ANTIC
INI ADLAH GENG NGAJI WARGA EMAS ..BONDA CIK RINN YG TUDUNG HIJAU 
INI BASIKAL GENG NGAJI..JGN TAK CAYA

Saturday, October 15, 2011

Muffin Pandan

salam semua , n3 kali ini berkenaan dengan muffin pandan , dah lama teringgin nak buat tapi masa tidak mengizinkan , so dgn izin allah swt akhirnya cik rinn bisa merealisasikan impian nak buat muffin ini, amat mudah anda harus mencubanyer,,, rasanya tidak menghampakan...kalau tak caya ? cer cuba cer cuba cer cuba ..hehehehehehhehe..jom kita layannnnn muffin mengebuzzzz nie,,,,

Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering dan masukan telur ayam. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
inilah ghupernyer bila adunan siap di campurkan kesemua bahan
Isikan adunan ke dalam paperliners
  
Bakar selama 20minit pada suhu 190 dajah Celsius

inilah hasilnya muffin yg mengebuzzz
siap untuk makan

sumber my resepi.net
Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus

120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence

Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.
ara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond atau kismis di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Petua Masakan-

Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung

Saturday, October 8, 2011

Menu Syaawal 2011

Salam semua..n3 kali ini berkenaan dgn menu menu syaawal ..this year cik rinn idoklah buat open house , setiap saudara mara dan sahabat handai yang dtg ke teratak cik rinn..cik rin akan masak sedikit  untuk menjamu mereka...di bawah ini adalah beberapa masakkan yang cik rinn masak sendiri... utk menjamu para tetamu yg sudi singgah teratak cik rinn.. masakan semua ini cik rinn kumpul selama sebulan syawal yea.. .resepi mmg ada dlm blog cik rinn... n3 kali nie kita hanya menjamu mata..jom zazzzzzzzzzzzzzzz....

inilah menu yg biasa cik rinn buat
Puding Oren SunQuick
Buah Melaka
Rendang Minang Kupang
Sambal kicap cilipadi Tempe with bilis n tahu
Rendang Ayam Minang
Sayur Lodeh aka Lontong
Kuah Kacang Daging
spaghetti Bandung

Sunday, September 25, 2011

masak lomak cilipadi ikan kembung

 salam semua n3 kali ini berkenaan dgn IFTAR SUNAT SYAWAL ..alhamdulillah dgn izin allah cik rinn dapat puasa sunat syawal dan ganti sekali..12 hari tue 6syawal 6 ganti ..ameen  so moh kita layan masakan negori 9 (masakan ini tdk  menggunakan bawang).. masak lemak cilipadi ikan kembung ....ameenn

tumbuk cilipadi dan kunyit hidup..maaflah yea cik rinn tak tumbuk lumat2 errmm pepaham jerr lah
masukan santan n cilipadi dna kunyit yg sudah di tumbuk tadi,, SEBENARNYA method dah salah,,,ikan masuk kemudian , pepaham ajerlah cik rinn semua nak cepat
masukan garam dan 1asam keping dan kacau di api yg perlahan yang bagi smpi santan pecah minyak
apabila kuah sudah mengelegak masukan daun kunyit yg di hiris halus
dan boleh di hidangkan ..tgk ikan kembungku sudah hancur

Saturday, September 17, 2011

kuah lodeh aka lontong

  • SUMBER DARI MY RESEPI - saya ubah sedikit kerana resepi asli terlalu bnyk bahan - 
  • BAHAN - BAHAN UTAMA
  • *5 biji cilipadi kampung- di kisar
  • *2 biji bawang besar- di kisar
  • *2 ulas bawang putih- di kisar
  • *1 jari kunyit hidut- di kisar
  • *2 sudu udang kering- di tumbuk sbb kisar nanti halus sgt
  • *4 sudu ikan bilis- di tumbuk
  • 2 batang serai - dikisar
  • 1/2 jari lengkuas - dikisar
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa dan kiub ikan bilis knorr
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Saturday, September 10, 2011

Rumah Raya - 2011

salam semua ok ..saja aje nak update pasal deco raya jerr... tak der apa pun yg baru cuma ubah suai kedudukan jerr..apa2pun jomlah kita layan picture rumah raya suam suam kuku drpd white house cottage ...kepada rakan blogger yg sudi dtg jemputlah ke cottage teman... terutama cik sue n BSB ... no open house this year... rumah i sentiasa terbuaka untuk u all semua...bye....
  
cik sue ...pun hado....mcm nie satu...
almari laci ..paling saya suka
deco - deco
ruang tamu Ku..