CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, May 7, 2011

Talam Jagung

salam semua kepada rakan blogger dan silent reader , semasa cuti hari buruh sepupu awok hendak datang berkunjung ke white house cottage , pening juga lah memikirkan nak buat menu apa utk minuman petang , jadi mula search ke uncle google finally jumpa blog kak yati memories http://yatiememories.blogspot.com/2011/02/talam-kastard-jagung.html tengok resepi wow menarik bukan apa? bahannya semua ada kat rumah dan tak payah pergi ke kedai , apalagi awok pun cercuba cercuba cercuba inilah hasilnya TQVM kepada kak yatie. memang berbaloi baloi rasanya ... humanggg aii kata sepupu saya.....sedappppppppppppppppp ..

  1. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  1. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
wow cam menarik....siap timbul2 lagi butiran jagung dia

inilah dia TALAM jagung n pandan

sepiring utk jiranKU


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
http://yatiememories.blogspot.com/2011/02/talam-kastard-jagung.html
Lapisan Bawah

  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas

  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.



Saturday, April 30, 2011

Kuih Lompang aka Kuih Kaswi

salam semua , alhamdulillah syukur ke hadrat illahi swt..akhirnya nenek saya sudah keluar drpd hospital..syukran jazilan kepada rakan2 blogger yg mendoakan kesejahteraan nenek saya.. semoga allah sahaja yang dapat membalasnya...oklah cerita kali ini ialah tentang kuih lompang . rupa2nya kuih lompang dan kuih kaswi adunannyer adalah sama jikalau di letak di dalam acuan kecil di namakan kuih lompang kalau di dalam loyang di panggil kuih kaswi....errkk betul ke? layanzzzzz

masih dlm kukus

sepiring untuk jiran tetangga

ini utk saya ler...jemput makan


KUEH LOMPANG - SUMBER RESEPI.NET

Bahan A
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur [bancuh dan tapis]
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Bahan B [masak sehingga mendideh dan tapiskan]
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 20 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut
.



Friday, April 22, 2011

kek gula hangus from white house kitchen

salam semua...minggu ini merupakan minggu dugaan yg paling besar utk kami sekeluarga.. kerana allah sedang menguji kami sekeluarga dgn kegeringan nenda kami tersayang.. ya allah ya tuhanku kau tabahkanlah hati kami sekeluarga mengahadapi dugaan dariMU ya ALLAH... di harap rakan blogger lain dapat mendoakan kesihatan utk nenda saya....ameennn... story kali ini adalah tentang kek kukus gula hangus....kek kukus ini saya buatnya since last week lagi before my nenda belum sakit...now saya still berada di kg semasa mengupdate blog .... so layan lah kek gula hangus from me..( sorylah cik sue i terpaksa copy u punya resepi...)

masakkan gula di atas api yg kecil

setelah gula cair,masukan air panas dan mentega..kacau sehingga dapat lagu nie noo..

putarkan telor dan esen vanilla sehingga kembang dan susu pekat

masukkan tepung gandum dan sodium bicarbonate dan gula hangus tadi..

perapkan 5 jam..lagi lama lagi cantik sarangnya..saya perap 3 jam jerr...

didihkan air sehingga mengelegak..kira2 100 darjah celcious dan tutup kukus dgn aluminium foil

kukus selama satu jam sehingga dapat lagu nie yea....

sejukkan dan keluarkan dari loyang

close up sikit utk tgk sarang dia...cam ner sifu ? ok tak ?

sedia utk di makan..... cik sue ko punya ada lagu nie tak?

tue dia sarang semut dia.... yess yess yess berjaya akhirnya..

Resepi Apam Gula Hangus.

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Gula digorang dengan api sederhana besar.
Bila gula dah cair masukkan air panas kemudian masukkan mentega (bab nie kena hati² sedikit krn akan meletup² sedikit). Kacau sehingga mentega cair sejukkan.

Bahan B
4 biji telur Gred AA
1 Cawan susu pekat
1 cawan tepung kek
2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara²nya
* Pukul telur sampai kembang + pekat
* Masukkan esen vanilla + susu pekat mix hingga sebati
* Masukkan tepung dan soda yg telah diayak terlebih dahulu
* Last sekali masukkan gula hangus yg telah sejuk tadi.
* Perap adunan ini selama3-4 jam. (bertutup)
(Ini bertujuan untuk mendapatkan structure sarang yang cantik).
* Kukus selama 1 jam di atas api sederhana.

Selamat mencuba.