CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, March 12, 2011

Muffin Banana aka aPom Pisang d'Bom

salam semua ..hahahaahhaha..nampak gayaNya satt lagi CHE' nak declare blog ini sebagai blog happy baking ...hhehehehhe this week merupakan minggu teramat bahagialah buat saya kerana ada orang sudi menempah apom pisang ini...tqvm kepada kakak yan..mudah2han lepas nie leh tempah lagi...so kawan kawan semua mari kita layan pic apom pisang yang mengebuzz nie......

ermmm gebuzznya....

bagai pinang di belah dua

sedia utk bersantap

gebuzzzzzzzNyer gumbira hati ku

baru masak....berasap asap lagi


Muffin Banana cokelat aka Apom Pisang Kukus
sumber : resipiDiana....(lupa pula add )

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum ( saya guna 1 cawan Gandum dan 1 cawan tepung cake)
8 biji pisang montel
3/4 cawan minyak jagung
4 biji telur ayam AA
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula castor (saya guna 3/4 cawan jerr)
1/2 cawan cokelat rice ( yg ini saya tambah sendiri)
satu sudu teh ovallet
satu sudu teh vanilla
satu sudu teh essence banana
secubit garam

Cara-Cara
Tepung gandum dan tepung cake dia ayak bersama dengan baking powder
Pisang di lecek halus ( saya blender jerr) dan di gaul bersama garam dan baking soda
Pukul telur,ovallet,vanilla dan essence banana bersama gula sehingga kembang
dan masukan minyak jagung
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau satu arah sahaja dan kemudian Tuangkan kedalam acuan loyang dan kukus dgn api sedarhana selama 4o - 45 minit pastikan Penutup kukus di balut dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke atas permukaan apom.

Saturday, March 5, 2011

MuFFin cokelat vs MuFFin Orange Gebuzzzzz

salam semua... nampaknya blog saya kali ini berkisar makan lagi ....poket udah kering nak buat n3 decoration...kita tunggu raya nanti jerr lah...sementara nak tunggu raya saya akan upload beberapa skill yg tak berapa nak ada nie dlm bidang bake or baking kek..hehheehehhee..hari ini kita layan muffin cokelat n muffin orange drpd white house cottage yea....

yang sempat di decokan.....

siap untuk di hidangkan.....

terpanas dari ladang....

masih tengah mengembang lagi....

muffin orange yang naif (tanpa deco)

tujuh beradik siap untuk di mamam

muffin orange

Muffin Coklat

http://www.babycakes2u.com/resepi/76-resepi-cupcakes.html

bahan bahan
  • ½ cawan mentega
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:

  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
  6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).


Saturday, February 26, 2011

Time to Deco From SSF

salam semua...hari ini saya begitu happy sekali kerana salah satu hobbies saya adalah menghias rumah, kira2nya lama sungguh saya tidak mengupdate citer tentang deco nie..asyik2 makan makan dan makan...kali nie saya berjaya juga akhirnya..setelah handyman saya datang kerumah minggu lepas ....tercapai jua lah hasrat untuk mendeco rumah.. semuanya adalah idea saya sendiri ....so mari kita layanzzzzzzzzzz deco item from ssf and souvenier shop..... utk kawan sepejuangan acik rinn ..cik sue umah mu bila nak update decoration..hehehhehehe...

sebelum ini guna bell door yg ada bateri,selalu baterinyer abis, kali ini seumur hidup warranty tak perlu tukar baterry dan jimat electric...ting ting ting ting...saya datang

ini Bird House ..sbb bawah ceiling tak der lampu, pada nampak kosong saya letaklah bird house, untung2 ada yang singgah ...lepas ini boleh bisness anak burung...eeeeeeeee

saya close up sikit bird house ini

ini gambar sebelum deco..di dalam rumah saya ada satu lorong ..tapi bukan sebarang lorong yea

minat sangat dengan frame gambar nie..walaupunnya harga boleh tahan ... ku telan jua....

ini bekas lilin tapi belum kesempatan beli lilin..

ini pun tempat lilin ... fikir kreatif sedikit ..saya letak bunga rumput ...ok juga...

pandangan setelah complete decoration dan di namakan lorong white house cottage

white house cottage tunnel ( ini bukan bawah tanah )

Sunday, February 20, 2011

Moist choc cake versi wHite HoUse coTTage

salam semua n3 kali ini baking cake lagi , atter apalagi saya nak buat ! kalau tak mendeko? inilah kerja saya..secara kebetulan mood tengah rajin nie...nak cerita sikit tentang kek moist choc nie, alkisah begini...ada seorang hamba allah nie..office mate..kakak nie memang pandai buat kek, kek dia memang marvelous sehhh..so satu hari teringgin nak berguru dengan dia..hampa tau apa dia jawab?..aiseyman akak nie bukan lerr pandai buat kek...dia terus bagi resepi dan ajar teknik teknik supaya kek menjadi lembut dan moist...pergghhhhhhhh suka tak terkata...jutaan terima kasih pada akak rosiah abu bakar.....jasamu hanya allah swt membalasnya..... so mari kita layan..

pukul mentega dgn gula sampai gebu
masukkan tepung dan susu berselang seli..pukul sehala sahaja
inilah adunan yang telah bersatu
siap utk di bakar 180 darjah celcious selama 35 minit
gembiranya di hati kek sudah naikkkkk
inilah hasilnya..mengancam sehhhhhhh

Moist Choc Cake

Bahan:-

220 Gram Tepung Kek

50 Gram Coco Powder Or Chocolate Powder

1 Tsp Baking Powder (Heap)

½ Tsp Soda Bicarbonate (Level)

½ Tsp Garam (Level)

(Ayak Kesemua Bahan Diatas Sebanyak 3 Ke 4 Kali Supaya Tepung Menjadi Ringan)

190 Gram (3/4 Cup Butter) Guna Butter Scs – Unsalted- Scs Or Buttercup Tp Jangan Guna Fernleaf Sbb Banyak Garam…

330 Gram Castor Sugar

1 ½ Tsp Vanilla Esen

3 Biji Telur (Size Aa)

250 Ml Cold Water Atau Cold Susu Segar (Hl) Yang Disimpan Didalam Fridge)

Method:-

Pukul Butter Selama 1 Min Dan Masukan Castor Sugar Pukul Sehala Hingga Kembang (Anggaran 5 Min) Sehingga Color Butter Bertukar Menjadi Putih Kekuningan.(Mixer Pada Kelajuan Maksimum)

Masukan Telur Satu Persatu Pukul Pada Kelajuan Sederhana (Jangan Guna Kelajuan Maksimum Nnt Telur Jadi Mcm Pecah Minyak)

Campurkan Bahan Yang Telah Diayak Sedikit Demi Sedikit Berselang Seli Dengan Susu Segar Atau Air Sejuk (Akhir Sekali Mesti Air Or Susu Segar)

(Process Ini Mestilah Mengunakan Mixer Yang Straight Bukan Yang Mcm Pukul Butter Tu. Atau Gunakan Senduk Kayu)

Sebatikan/Kacau Dengan Senduk Kayu & Korek Hingga Kebawah Mangkuk Takut Nnt Butter Kat Bawah Mangkuk Tak Rata - Kacau Sampai Semua Sebati.

Lenser Mangkuk/Loyang Dengan Butter Dan Loyang Mesti Dialas Dengan Kertas Minyak.

Bake At 180c For 30 To 35 Min

Jangan Sesekali Membuka Oven Pada 30 Min Pertama… Kalau Nk Tahu Kek Tu Dah Masak Cucuk Dengan Cake Tester Or Lidi Bila Tak Melekat Kat Lidi Bermakna Cake Tu Dah Masak, Sejukkan Dan Sedia Dihidangkan.

Thursday, February 3, 2011

maJLis PerPisahan Lagiiii....officeMate

salam semua....ooooo sedih sedih sedih....yang pergi tetap pergi ,hidup perlu diteruskan ....go go go go rinn....tak tahulah bulan ini ramai sangat kengkawan yang akan meninggalkan saya...kali ini office mate pulak ...semoga puan norazleen abdul manap sukses selalu....so kita layan lerr pic yang tak berapa nak sedih tapi sedih gak..hehhehehehehehe.... (bsb kamu sabar yea...tunggu N3 kek gulung aku...huhuhuhuhuhu)waitress yang di import made in vietnam...huhhuhhhuuuh..jangan marah yea puan Zue...
cam kenai jerrr.... tapi dimana yea.....
leng leng dan leleh tak sabor nak terkam steamboat.......sod ba ro
dua beradik sama mak sama ayah.....
ini baru intro..masih cover cover lagi....
sudut vegetarian...rugi bayar mahal makan vegeterian..huhuhuhuhuhu
yang tudung biru inilah gegirls yang akan meninggalkan kita orang...huhuhuhuhuhu...
ini antara seafoodnyer,,,tak tau nak pilih apo? banyak sangat
jemput makan jemput makan...jgn malu malu...amboi si tudung merah sempat jeling lagi...
antara yang hadir...sedih dalam senyuman...
inilah maskotNya
inilah tempat open ceremony kita orang

FaReweLL ms.Lily at wHite House Cottage

salam semua..setelah sekian lama tidak bersiaran..huhuhuhuhu mcm dalam tv pula yea..bukan apa laptop aciek rienn buat hal lagi....aduhai mabuhai betul 3 kali jumpa doktor baru ok...mudah2han panjanglah umurnya..leh aciek rienn update blog lagi......minggu ini adalah minggu kesedihan housemate rinn akan berpindah ke TTDI....tinggal rinn keseorangan so apalagi rinn pun layanlah lagu intan ku kesepian(ahaksss ntah ...tak pernah nyanyi lagu ni pun)....life must goes on.... di sebabkan ms lily(kak lily) sudah lama menjadi teman tapi mesra (2 tahun) maka rinn telah sepakat dengan ahli jawatankuasa cokelat(kejap ada , kejap tak der) membuat majlis farewell kak lily yang bertemakan carca marba......hahahahhahahha..jom kita layan pic..............

yang bertudung biru si cantik manis itulah ms lily yang akan meninggalkan white house cottage

ini bukan farewell gong xi fa choi - ini adalah dessert pada malam kesedihan itu huhuhuhuhu...

main menu nasi lemak 50 sen, (BSB ko ado?..) spaggetti Bandung (wlpun tdk ke Bandung) satay kajang 60 cucuk (cik sue - ko pndg ajer..aku reserved lidi utk ko? janji ado...

ahli jawatan kuasa sedang menjamu selera setelah penat berposa di siang hari....

jangan tak caya , ini adalah hasil air tangan tuan umah white house cottage..BSB ko ado? takat beli ajerr tak adventure langsung.....cik sue kata....
gendang gendut tali kecapi , kenyang pewot..suka hati...cheesse...

kepada bekas housemate(kak lily) rienn ucapkan selamat maju jaya dan selamat membeli handbag coach leather..jangan lupa rienn yea....caring is sharing....

Thursday, January 20, 2011

happy baking aPaM PelaNgi

salam semua , semenjak KL turut serta dengan cuti thaipusam nie..saya mengambil kesempatan mencuba APAM PELANGI ( my resepi.net )dah lama saya teringgin untuk mencuba .. alhamdullilah akhirnya berjaya juga ... percubaan pertama sudah menjadi ... insyaAllah .. bolehlah mencuba apam MEKAR selepas ini....tapi tak tahu bila...so kita layan...

putar telor, gula castor , ovallet

tepung gandum, santan kara, baking soda , esen vanilla - putar sampai sebati

bahagikan adunan kepada tiga bahagian ikut suka

lapiskan setiap adunan satu demi satu sehingga habis

kukus selama 30 minit

sejukkan pada suhu bilik

potong ikut suka dan makannnnnn

Bahan bahan

4 biji telur
300 gms tepung gandum
300 gms gula pasir
2 sudu kecil ovallet
1 sudu kecil baking soda
250 ml santan
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna

Cara cara
1. Pukul telur, gula dan ovallet hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking soda berselang seli dengan santan. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Masukkan warna yg disukai.
4. Lapiskan setiap adunan satu demi satu hingga habis bermula dari tepi loyang.
5. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu hingga masak.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
resepi ini di copy drpd
http://hazila.blogspot.com/2010/11/apam-pelangi_29.html....tqvm hazila.